
ZEEKR 009 ULTRA LUXURY DINOBAT KERETA TERBAIK MALAYSIA DI MCOTY 2025
Zeekr Intelligent Technology Malaysia mencipta sejarah apabila Zeekr 009 Ultra Luxury dinobat sebagai Overall Malaysia Car of the Year 2025 di anugerah MCOTY, sambil memenangi Best xEV dan MPV xEV of the Year.
Model SUV premium mereka, Zeekr 7X AWD Performance, pula diiktiraf sebagai SUV of the Year dalam kategori RM200,000 hingga RM500,000.
Anugerah Malaysia Car of the Year terkenal sebagai salah satu pengiktirafan automotif paling berprestij di negara ini, dinilai secara bebas oleh panel profesional termasuk pemandu berpengalaman, wartawan automotif dan pakar industri.

Penilaian merangkumi rekaan, keselamatan, prestasi, nilai untuk wang, praktikaliti, kecekapan tenaga dan jaminan.
“Pengiktirafan ini menunjukkan kepercayaan pelanggan dan industri terhadap Zeekr. Ia mengukuhkan komitmen kami membawa kenderaan elektrik premium yang menggabungkan teknologi, keselamatan dan kemewahan ke Malaysia,” kata Pengurus Besar Zeekr Malaysia, Eddy Lu.
Zeekr 7X terus menjadi tulang belakang jenama dengan menyumbang 70 peratus daripada jumlah jualan 2025, manakala 009 mengukuhkan kedudukan Zeekr dalam segmen MPV mewah.
Senarai Penuh Pemenang Zeekr MCOTY 2025:
- Overall Malaysia Car of the Year: Zeekr 009 Ultra Luxury
- Best xEV of the Year: Zeekr 009 Ultra Luxury
- MPV xEV of the Year: Zeekr 009 Ultra Luxury
- SUV of the Year (RM200,000–RM500,000): Zeekr 7X AWD Performance
Zeekr bertekad terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia, menyokong peralihan negara ke arah mobiliti elektrik premium.


