LEXUS GS FACELIFT

SHARE

Model Lexus GS facelift kini rasmi berada di pusat pameran Lexus seluruh negara. Model GS didatangkan dengan enjin pengecas turbo empat silinder.

lexus-gs-facelift-mekanika (1)

Enjin 2.0 liter itu ialah enjin turbo pertama digunakan oleh Lexus. Ia berupaya menghasilkan kuasa 241hp @ 5,800rpm dan tork 350Nm @ 1,650-4,400rpm.

Output berkenaan mewakili 17 peratus lebih kuasa dan 38 peratus lebih tork berbanding enjin 2.5 liter GS 250 sebelum ini. Penghantaran kuasa diserahkan kepada transmisi 8-kelajuan Sports Direct Shift (SPDS).

lexus-gs-facelift-mekanika (41)

Sementara itu, varian GS350 dan GS 300h masih menggunkan enjin lama tetapi dengan penambahbaikan dari segi penggunaan bahan api.

Lexus GS350 dijana oleh enjin 3.5 liter V6. Manakala GS 300h dilengkapi enjin 2.5 liter empat silinder.

lexus-gs-facelift-mekanika (18)

Kemas kini yang dilakukan pada Lexus GS ialah lampu hadapan baharu, gril spindle yang direka semula, grafik lampu belakang diperbaharui dan diffuser pada bahagian belakang.

Lampu hadapan LED triple L-Shape kini ditawarkan pada semua varian GS. Kecuali GS 200t yang menerima lampu bi-LED. Warna bampar belakang juga ditukar kepada dark gravy metalik berbanding hitam sebelumnya.

lexus-gs-facelift-mekanika (21)

Bagi versi hibrid, imej bersihnya diserlahkan menerusi posisi ekzos  yang tersembunyi dan bampar belakang dengan sirip penstabilan udara bagi meningkatkan kecekapan aerodinamik.

GS baharu juga memiliki graviti tengah yang lebih rendah.

lexus-gs-facelift-mekanika (16)

Bahagian kabin masih mengekalkan konsep Human Design. Perubahan yang dilihat ialah pada bahagian papan pemuka..

Remote Touch Interface kini lebih mesra pengguna dengan paparan antara muka yang dikemas kini. Ia didatangkan dengan butang fungsi BACK yang memudahkan tukaran antara menu pada skrin. Butang ENTER juga disediakan bagi memudahkan operasi pemilihan.

lexus-gs-facelift-mekanika (15)

Lexus turut melakukan kemas kini penggunaan material pada tombol gear dan hendal pintu bahagian dalam.

Peralatan standard yang didatangkan termasuklah pengelap cermin automatik, keyless entry, push-button start, kawalan jelajah, paddle shifter, stereng boleh laras berkuasa elektrik, kerusi dengan 10 ciri pelarasan bersama sokongan lumbar dan memori.

lexus-gs-facelift-mekanika (40)

Lexus GS ditawarkan dengan enam pilihan varian bermula dengan GS 200t PREMIUM (RM439, 200), GS 200t LUXURY (RM484, 100), GS 200t F SPORT (RM496,100), GS 350 LUXURY (RM543,400), GS 350 F SPORT (RM562,610) dan GS 300h (RM631,700).

Lexus Malaysia menawarkan waranti kilang komprehensif selama 3 tahun/100,000km (yang mana tiba dahulu). Sementara pek bateri GS 300h dilindungi dengan jaminan lapan tahun tanpa had perbatuan (tertakluk kepada terma dan syarat).

Share this post

scroll to top