Buletin

TESLA MALAYSIA BUANG HARGA SEBANYAK RM8,000 UNTUK SEMUA MODEL

Tesla Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga sebanyak RM8,000 bagi kesemua model yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Menurutnya, penurunan harga ini sejajar dengan penurunan harga Tesla lakukan di seluruh dunia.

Tambahnya lagi, potongan ini berkemungkinan hasil dari peningkatan skala ekonomi mahupun penggunaan teknologi baharu yang membolehkan harga kos menurun apabila proses pembuatan atau peningkatan jualan membuahkan hasil.

Tesla Model Y yang asalnya ditawarkan pada harga RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.

Model Y Long Range AWD pula kini dijual pada harga RM238,000 berbanding harga asal RM246,000 dan model Y Performance AWD dijual pada harga RM280,000 berbanding harga asal RM288,000.

Selain itu, Model 3 yang mula dijual pada 1 September 2023 tahun lepas, turut menerima penurunan harga.

Versi asas Model 3 dijual pada harga RM181,000 berbanding harga asal RM189,000, manakala Model 3 Long Range AWD pula dari harga RM218,000 diturunkan harganya kepada RM210,000. – Awani

Google ads
Back to top button