Buletin

MAZDA PALING JIMAT! – EPA

Kenderaan Mazda sekali lagi dipilih sebagai yang paling jimat dalam Laporan Trend Ekonomi Bahan Api Kenderaan Ringan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA).

Mazda2-launch-malaysia-mekanika (1)

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut Mazda diberi penghormatan tersebut. Purata penjimatan bahan api (gabungan pemanduan) untuk semua model Mazda yang dijual di AS pada tahun 2014 ialah 8.0 liter/100km.

Ia adalah penambahbaikan hampir lima peratus berbanding model tahun 2013. Manakala emisi CO2 pula adalah sekitar 188g/km, penurunan sebanyak sembilan peratus. Sebagai perbandingan, purata penggunaan bahan api kenderaan di AS ialah 9.7l/100km dan emisi 227g/km.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (6)

Angka yang dikeluarkan oleh EPA dikatakan lebih realistik berbanding pengiraan New European Driving Cycle (NEDC) di Eropah.

Pencapaian itu banyak disumbang oleh teknologi SKYACTIV Mazda. Teknologi itu merangkumi enjin, transmisi, casis dan badan kenderaan.

mazda-mx-5-COTY-Japan-2015-mekanika (2)

SKYACTIV menjadi asas kepada model-model generasi terkini Mazda yang telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia.

Keputusan EPA ini turut membuktikan kejayaan Mazda dalam mengoptimumkan enjin-enjin petrol SKYACTIV-G aspirasi biasa (NA). Menerusi teknologi ini, Mazda berjaya meningkatkan kecekapan bahan apinya sebanyak 30 peratus berbanding model tahun 2008.

Mazda3-SKYACTIV-CKD-mekanika (1)

Mazda mensasarkan peningkatan sama untuk teknologi SKYACTIV generasi akan datang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button