
BEIJING AUTO SHOW 2024: GEELY GALAXY STARSHIP JADI PERHATIAN – DIPERKASAKAN AI, PHEV, JARAK GERAK 2,000KM
Geely Auto Group baru-baru ini mendedahkan model konsep terbarunya di Beijing Auto Show 2024 yang menjanjikan revolusi dalam industri automotif global.
Diperkenalkan sebagai SUV pertama di dunia dikuasakan oleh teknologi pintar elektrik 11 dalam satu, iaitu Galaxy Technology Flagship Galaxy Starship, inovasi ini menandakan langkah penting dalam arah menuju kenderaan pintar sepenuhnya.
Keupayaan Geely dalam mencipta keseluruhan sistem seni bina kecerdasan buatan (AI) bagi kenderaan pintar menetapkan piawaian baru dalam industri.

Reka bentuk kenderaan ini tidak hanya mempamerkan ciri-ciri AI yang diperkuatkan seperti casis digital AI dan integrasi pemacu hibrid silikon karbida, tetapi juga menggunakan teknologi satelit bersepadu untuk memberikan pengalaman pemanduan unik.
Galaxy Starship tampil dengan reka bentuk “Expanding Cosmos of Light” Galaxy, dipadankan bersama lampu depan LED nipis, tanpa gril yang bercahaya, penggunaan lampu belakang lebar penuh memberikan kesan visual lebih menarik, selain dilengkapi rim aloi berbilang jejari.
Selain itu, kenderaan konsep ini menggunakan sistem kuasa hibrid plug-in baharu jenama Geely yang terdiri daripada motor “11-dalam-1” dan bateri 800 volt baharu.

Dengan penjana kuasa PHEV yang dikatakan cekap 90 peratus, Galaxy Starship mampu menghasilkan anggaran jarak melebihi 2,000 kilometer.
Ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem audio Flyme 2,000-watt dan kawalan suara dipacu AI berbilang mod yang menampilkan integrasi WeChat.
Kehadiran ciri-ciri ini menambah kebolehgunaan dan keselesaan kepada pengguna, menjadikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan serta efisien.
Walaupun tarikh pelancaran rasmi untuk versi pengeluaran Galaxy Spaceship masih belum diumumkan, ketertarikan terhadap kemampuan AI pada kenderaan ini dalam keadaan dunia sebenar adalah tinggi.
Dengan inovasi yang berterusan dan komitmen terhadap pembangunan teknologi, Geely Auto Group mungkin akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam industri automotif global.
- BACA: TESLA MALAYSIA BUANG HARGA SEBANYAK RM8,000 UNTUK SEMUA MODEL
- BACA: BEIJING AUTO SHOW 2024: CHERY TIGGO 9 PHEV DIPERKENALKAN – 2.0T PLUG-IN HYBRID, DILANCARKAN SUKU KEEMPAT 2024
- BACA: INDONESIA SEDIA, YAKIN MAMPU KELUARKAN KERETA BUATAN SENDIRI
- BACA: TOYOTA YARIS G LIMITED DILANCARKAN, TERHAD 600 UNIT – HARGA BERMULA RM99K

