Buletin

BEIJING AUTO SHOW 2024: HAVAL H6 FACELIFT 2024 DIDEDAHKAN – LEBIH PANJANG, JANA 210HP, MASUK PASARAN BERMULA HUJUNG TAHUN INI

Great Wall Motors baru-baru ini mendedahkan Haval H6 facelift di Beijing Auto Show 2024 yang berlangsung bermula 25 April.

Haval H6 facelift 2024 berukuran 4,703mm panjang, 1,886mm lebar, dan 1,730mm tinggi, dengan jarak roda 2,738mm. Berbanding dengan pendahulunya, Haval H6 facelift 2024 adalah 50mm lebih panjang.

Selain daripada dimensi, satu lagi perbezaan besar dalam Haval H6 boleh dilihat pada fascia luaran dari hadapan ke belakang, yang menjadikannya kelihatan lebih menarik.

Di bahagian hadapan, SUV itu tampil dengan corak gril tersendiri dengan lambang Haval yang menonjol, DRL baharu berbentuk seperti ‘7’, lampu hadapan ‘starlight’ yang terdiri daripada 54 mentol LED setiap satu.

Sementara itu, bahagian belakang kereta ini tidak lagi mempunyai lampu jalur, dan kini didatangkan dengan susunan lampu tradisional.

Di bahagian dalam, H6 facelift mempunyai skema warna putih pudar, dengan serlahan krom pada stereng, pemegang pintu dan papan pemuka. Konsol tengah mendapat port pengecasan telefon tanpa wayar 50W, dua pemegang cawan serta shifter.

Selain itu, ia turut dilengkapi dua skrin terapung berasingan untuk panel instrumen dan sistem infotainmen, dengan butang fizikal yang minimum.

Dari segi kuasa, model facelift ini mengekalkan enjin yang sama seperti pendahulunya tetapi dengan peningkatan,

enjin turbo 1.5 liter empat silinder kini memberikan kuasa 177hp, manakala unit turbo 2.0 liter menyaksikan peningkatan daripada 210hp kepada 231hp.

Kedua-dua nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi dual-clutch basah 7-kelajuan.

Menurut laporan, Haval H6 facelift 2024 akan dijual bermula penghujung tahun ini.

Google ads
Back to top button