Buletin

TOYOTA BUKA HAB KUALITI DI SABAH

UMW Toyota Motor telah melabur RM36 juta bagi membangunkan Sabah Integrated Quality Hub (SIQH) di Kota Kinabalu Industrial Park, Sabah. Pelaburan berkenaan dibuat bagi memendekkan tempoh penghantaran kereta.

Toyota-Sabah-Integrated- Quality-Hub (SIQH)-mekanika (1)

Sebagai sebahagian daripada usaha Jaminan Kualiti Keseluruhan Toyota, kemudahan berkeluasan 8.6 ekar itu sudah beroperasi sejak November lalu.

Berkeupayaan menyimpan kenderaan 1,000 unit pada satu-satu masa, SIQH adalah lokasi pemeriksaan kualiti penghantaran kereta sebelum sampai kepada pemilik.

Kemudahan berkenaan juga melibatkan operasi Pre-Delivery Inspection (PDI), Centralised Stockyard, Pre-Delivery Service (PDS) dan Final Quality Check (FQC) bagi memenuhi kualiti kenderaan mengikut piawaian Toyota.

Toyota-Sabah-Integrated- Quality-Hub (SIQH)-mekanika (3)

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takayema berkata kepuasan pelanggan menjadi keutamaan Toyota dan fasiliti baharu berkenaan mewakili prinsip penambahbaikan berterusan.

“Hab kualiti pertama ditubuhkan pada 2011 bagi memastikan kenderaan kami dihantar kepada pelanggan dalam keadaan terbaik di Bukit Raja Klang. Kami berharap dapat mengulangi kejayaan ini di Sabah.

“Pasaran Malaysia Timur sangat penting kepada kami,” katanya.

Toyota-Sabah-Integrated- Quality-Hub (SIQH)-mekanika

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki menyatakan sokongan ketara pengguna Sabah terhadap jenama Toyota dapat dilihat menerusi peningkatan jualan lebih 10 peratus sejak 2011.

“Kita akan dapat memastikan penghantaran kenderaan yang berkualiti untuk para pelanggan di Sabah dalam waktu yang singkat,” katanya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button