
LAMBORGHINI URUS SE PHEV DILANCARKAN DI BEIJING AUTO SHOW 2024 – ‘SUPER SUV’ TAMPIL LEBIH BERKUASA, JANA 789HP
Lamborghini, jenama automotif dari Itali, secara rasmi melancarkan Urus SE plug-in hybrid (PHEV) di Beijing Auto Show 2024.
Kereta ini mempunyai reka bentuk baharu daripada Urus lain, aerodinamik yang dioptimumkan, teknologi lebih maju, dan menawarkan sistem PHEV, di mana ia menekankan kecekapan, prestasi serta pengurangan pelepasan.
Pengeluar dengan logo “raging bull” itu membina Urus SE dengan badan yang sporty dan berotot bagi menekankan kesan atletik SUV.
Elemen baharu lain termasuklah gugusan lampu hadapan LED matriks serta bampar depan dan gril yang direka bentuk semula.

Selain itu, terdapat gugusan lampu corak “Y” ikonik di bahagian belakang, selain diserlahkan lagi melalui rim aloi Galanthus 23-inci yang dibalut dengan tayar Pirelli P Zero, menawarkan pengendalian boleh dipercayai semasa memandu.
Di dalam, Lamborghini telah membuat penambahbaikan dengan menyediakan kelengkapan seperti skrin 12.3-inci, dibekalkan teknologi teknologi Human Machine Interface (HMI) yang lebih canggih.
Dari segi prestasi, SUV itu dilengkapi enjin 4.0 liter V9, menghamburkan 611hp dan 800Nm tork serta digabungkan dengan motor elektrik 189hp dan 483Nm tork, menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 789hp dan 950Nm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan, pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 312 km/j.
SUV ini dilengkapi bateri berkapasiti 25.9kWj yang mampu membuatkan kereta ini bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sehingga 60km.
Lamborghini menawarkan sebelas mod pemanduan bagi memenuhi keperluan pemanduan penggunanya, terdiri daripada Strada, Sport, Corsa, Neve, Sabia, Terra, EV Drive, Hybrid, Performance dan Recharge.








- BACA: BEIJING AUTO SHOW 2024: GEELY GALAXY STARSHIP JADI PERHATIAN – DIPERKASAKAN AI, PHEV, JARAK GERAK 2,000KM
- BACA: TESLA MALAYSIA BUANG HARGA SEBANYAK RM8,000 UNTUK SEMUA MODEL
- BACA: MFORCE BAKAL PAMER LEBIH 100 MOTOSIKAL DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024
- BACA: BEIJING AUTO SHOW 2024: CHERY TIGGO 9 PHEV DIPERKENALKAN – 2.0T PLUG-IN HYBRID, DILANCARKAN SUKU KEEMPAT 2024