" "
Buletin

MAZDA CX-5 2024 TIBA DI PASARAN TEMPATAN – LIMA VARIAN, HARGA BERMULA RM144K

Bermaz Motor hari ini secara rasmi memperkenalkan Mazda CX-5 2024 untuk pasaran tempatan.

Mazda CX-5 dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Pemasangan Inokom di Kulim, Kedah dan Mazda Malaysia melaksanakan proses serta langkah kawalan kualiti serupa dengan kenderaan Mazda yang dikeluarkan di Jepun.

Untuk 2024, Mazda CX-5 baharu dikemas kini dengan gaya, teknologi dan ciri baharu, bertujuan untuk meningkatkan prestasi pemanduan, keselesaan serta keselamatan.

Dari luaran, ia tampil dengan muka hadapan yang direka bentuk semula sepenuhnya, unit lampu LED baharu di hadapan dan belakang, jeriji kemasan krom selain datang dengan rim aloi 17-inci serta 19-inci.

Pilihan warna bagi Mazda CX-5 baharu adalah seperti berikut:

  • Jet Black
  • Snowflake White Pearl
  • Machine Grey
  • Deep Crystal Blue
  • Soul Red Crystal
  • Polymetal Grey
  • Platinum Quartz

Di bahagian dalam, terdapat beberapa kemas kini dilakukan antaranya cermin sisi auto lipat, skrin sentuh 8-inci dengan sokongan Apple Carplay tanpa wayar dan Android Auto berwayar dan pengecas peranti tanpa wayar Qi.

Varian 2.0L Mid dikemas kini dengan Mazda’s Advanced Keyless Entry manakala varian CX-5 2.0L High dan ke atas dilengkapi dengan Paddle Shifters serta ciri lampu LED Signature.

Fusion TIFF File

Varian CX-5 2.5L dan ke atas juga menerima tempat duduk pengudaraan pemandu dan penumpang hadapan bagi memberikan keselesaan tambahan.

Selain itu, varian Mazda CX-5 2.5T AWD baharu turut menampilkan Mi-Drive, yang menawarkan tiga mod pemanduan, Normal, Sport dan Off-Road.

Matlamat Mi-Drive adalah untuk menambah baik pengalaman pemanduan untuk menyesuaikan situasi dengan lebih baik.

Mod Off-Road akan mengoptimumkan ciri kawalan sistem berikut:

  • Pacuan Semua Roda untuk prestasi daya tarikan tinggi.
  • Kawalan cengkaman licin
  • Kawalan Transmisi Automatik untuk tork yang lancar dan berterusan
  • Kelajuan melahu enjin yang memaksimumkan keupayaan mendaki

Dari segi Keselamatan, varian baharu CX-5 2.0L High dan ke atas kini dilengkapi dengan ciri i-Activsense Advanced Driver Assist Safety, merangkumi Smart Brake Support (SBS), Mazda Radar Cruise Control (MRCC, with Stop & Go) serta Cruising & Traffic Support (CTS).

Secara mekanikal, ia mempunyai empat pilihan enjin:

  • Enjin 2.0L Skyactiv-G N.A: 162hp, tork 213Nm
  • Enjin 2.5L Skyactiv-G N.A: 192hp, tork 258Nm
  • Enjin pengecas turbo 2.5L Skyactiv-G: 228hp, tork 420Nm
  • Enjin pengecas turbo diesel Skyactiv-D 2.2L: 188hp, tork 450Nm

Beralih pada harga, perincian adalah seperti berikut:

  • MAZDA CX-5 2.0L 2WD MID: RM 144,469.20
  • MAZDA CX-5 2.0L 2WD HIGH: RM 161,469.20
  • MAZDA CX-5 2.5L 2WD HIGH: RM 174,960.40
  • MAZDA CX-5 2.2D 2WD HIGH: RM 180,322.80
  • MAZDA CX-5 2.5T AWD HIGH: RM 188,760.40

GALERI:

Google ads
Back to top button