
TANK 300 HI4-T DILANCARKAN, TERHAD 3,000 UNIT – JANA 402HP, JARAK GERAK 105KM
Great Wall Motor secara rasmi melancarkan SUV off-road, Tank 300 Hi4-T pada 22 April lalu, terhad kepada 3,000 unit sahaja.
Seperti diketahui, model Tank yang dijual termasuk Tank 300 dan Tank 500, kedua-duanya pada mulanya ditawarkan hanya dalam versi ICE.
Walau bagaimanapun, dalam dua tahun kebelakangan ini, Tank telah melakukan peralihan elektrifikasi secara agresif dengan memperkenalkan Tank 500 Hi4-T, Tank 400 Hi4-T serta Tank 700 Hi4-T.
Menurut GWM, berbanding dengan versi Tank 300 ICE, kos pengeluaran Tank 300 Hi4-T telah meningkat kira-kira AS$8,300 (RM39,572).

Sebagai rujukan, Tank 300 dijual pada harga bermula pada 199,800 yuan atau AS$27,600 (RM131,589).
Daripada penampilan, Tank 300 Hi4-T kekal dengan reka bentuk Tank 300, menampilkan lampu depan bulat retro, dan tayar ganti belakang luaran.
Dimensinya ialah 4,760mm panjang, 1,930mm lebar, 1,903mm tinggi, dan jarak roda ialah 2,750mm dengan berat kerb 2,645 kg.
Dari sisi, bumbung Tank 300 Hi4-T dilengkapi dengan rak bagasi, dipasangkan dengan rim 18-inci dan serta skirt sisi.

Mengenai rangkaian kuasanya, Tank 300 Hi4-T dikuasakan oleh enjin 2.0L, menghasilkan 241hp dan tork 380Nm, serta motor elektrik dengan kuasa maksimum 161hp dan tork 400Nm, sekaligus memberikan kuasa gabungan 402hp dan tork 750Nm.
Model ini dikuasakan oleh pek bateri Li-ion ternary 37.1kWh, dibekalkan oleh Svolt Energy, menawarkan jarak gerak elektrik sepenuhnya 105km.
Dengan tangki dan pengecasan penuh, Tank 300 Hi4-T mempunyai jarak gerak komprehensif sejauh 860km.
- BACA: BEIJING AUTO SHOW 2024: HAVAL H6 FACELIFT 2024 DIDEDAHKAN – LEBIH PANJANG, JANA 210HP, MASUK PASARAN BERMULA HUJUNG TAHUN INI
- BACA: LAMBORGHINI URUS SE PHEV DILANCARKAN DI BEIJING AUTO SHOW 2024 – ‘SUPER SUV’ TAMPIL LEBIH BERKUASA, JANA 789HP
- BACA: BEIJING AUTO SHOW 2024: GEELY GALAXY STARSHIP JADI PERHATIAN – DIPERKASAKAN AI, PHEV, JARAK GERAK 2,000KM
- BACA: TESLA MALAYSIA BUANG HARGA SEBANYAK RM8,000 UNTUK SEMUA MODEL

