Buletin

MERCEDES X-CLASS RASMI DILANCARKAN (TAHUKAH ANDA IA DIBINA ATAS PLATFORM NISSAN NAVARA?

Ia adalah pasaran yang belum diteroka – trak pikap premium dan Mercedes telah memulakannya. Gergasi automotif jerman tersebut memperkenalkan konsep fasa akhir X-Class tahun lepas dan semalam, ia dilancarkan secara rasmi di Afrika Selatan, pasaran yang menyaksikan lebih 17 peratus jualan trak setiap tahun.

Jelas, Mercedes tidak mahu ketinggalan. Ketika pengeluar lain seperti BMW dan Audi nampak berdiam diri, Mercedes mangambil keputusan berkerjasama bersama Nissan menerusi platform Nissan Navara untuk menghasilkan X-Class.

Tiga model diperkenalkan iaitu X-Class Pure,X-Class Progressive dan X-Class Power. Ia dipasarkan dengan pilihan enjin X 220 2.3 liter turbo disel yang menghasilkan 163 kuasa kuda dan X 250 dengan biturbo yang berkuasa 190 ps.

Mercedes juga merancang untuk memperkenalkan X 200 165PS dan juga rangkaian premium X 350 dengan enjin V6 berkuasa 258PS dan tork 550Nm (gila!)

BACA: X-CLASS UNTUK BANGSAWAN

Ia dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik tujuh kelajuan. Model ini akan dibina asas dengan pacuan roda belakang dan juga pilihan pacuan empat roda.

Walaupun memakai lencana mewah tiga bintang, X-Class sebenarnya boleh saja dilanyak buat angkut simen. Ia dibina atas platform ladder frame yang terbukti lasak. Pikap ini mempunyai beban boleh bawa sehingga 1.2 tan dan mampu menarik beban beroda sehingga 3.8 tan.

Sejajar dengan jenama mewah, bahagian luar pikap ini dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED, body cladding, arch roda dan lampu belakang menegak.

Bahagian dalamannya pula direka premium – sama seperti sebuah kereta sedan Mercedes. Papan pemuka dibalut kulit, trim kayu serta sistem multimedia dengan skrin 8.4 inci untuk model terpilih.

Berapakah harganya? Pikap ini akan memasuki pasaran pada November nanti dan harganya bermula 37,294 Euro atau sekitar RM184,000. Ia akan diperkenalkan seterusnya ke Australia, Argentina dan Brazil

 

 

 

GALERI

Google ads
Back to top button