Buletin

MERCEDES DAN KIA, PILIHAN PEMBELI KERETA BAHARU

Setiap dari kita pasti teruja apabila membeli kereta baharu apatah lagi perlu menunggu saatnya kunci berada ditangan kita.

Selain daripada harga, pastinya kita menilai kualiti, kebolehpercayaan pada kereta tersebut supaya harganya berbaloi dengan pelaburan kita.

Strategic Vision baru-baru ini telah menjalankan kajian Kesan Kualiti Menyeluruh (TQI), dan dua jenama muncul mengatasi yang lain.

Antara aspek penting dalam kajian tersebut adalah imej kenderaan, pengendalian dan keselesaan termasuklah ketertarikan peribadi pemilik dengan kenderaan tersebut.

Jenama mewah Mercedes-Benz menguasai dalam empat kategori, dengan G-Class dan GLE-Coupe meraih penghormatan dalam kategori SUV Mewah dan CUV Mewah selain kelas Kereta Premium APT (Alternative Power Train), di mana EQS Sedan menjadi pilihan utama. Akhir sekali, AMG GT/GT S,  telah merangkul anugerah dalam kategori Coupe Premium.

Tetapi dalam sfera arus perdana, Kia turut mengikuti Mercedes dengan banyak mendapat penghargaan. Kia K5 bukan sahaja muncul sebagai pemenang dalam segmen kereta bersaiz sederhana tetapi merupakan salah satu pesaing terkuat secara keseluruhan.

Secara keseluruhan, jenama Korea menunjukkan prestasi yang kukuh. Hyundai Santa Cruz mungkin tidak mendominasi carta jualan, tetapi ia masih muncul sebagai pemenang dalam kategori Pickup Standard. Genesis GV70 juga menduduki tempat pertama dalam segmen masing-masing, begitu juga Elantra Hybrid dan Ioniq 5.

General Motors juga mencatatkan penamat yang baik, mendapat tiga penghargaan dengan Model Chevrolet Tahoe, GMC Acadia, dan Sierra 2500/3500.

Ford hanya berjaya dengan satu pengiktirafan melalui Mustang. Sudah tentu, orang akan mempunyai pengalaman berbeza dengan kenderaan yang sama, bermakna ini bukan perkiraan yang tepat. Setidaknya ia memberikan sedikit panduan untuk pembeli kereta baharu.

Google ads
Back to top button