Artikel PilihanBuletin

1.6 JUTA KM DALAM 9 TAHUN – TOYOTA HADIAHKAN LELAKI INI KERETA BARU

Victor Sheppard, lelaki dari wilayah Virginia Amerika Syarikat membuktikan bahawa kereta jenama Toyota memang tahan lasak. Beliau telah memandu Toyota Tundra sejauh 1 juta batu atau 1.6 juta kilometer sejak 9 tahun yang lepas dan kereta yang sama, masih sihat walafiat.

Tundra 1m miles (1)

Toyota Amerika menghadiahkan beliau sebuah Toyota Tundra baru secara percuma. Hanya kerana mereka ingin ambil semula trak pikap tersebut untuk dijadikan bahan kajian. Mike Sweers dari jabatan teknikal Toyota memberitahu, pasukan teknikal mereka akan meleraikan kereta tersebut dan cuba menilai kualiti dan tahap keselamatan yang telah dipasangkan.

Ia membolehkan mereka belajar setiap inici aspek teknikal supaya produk seterusnya dapat ditingkatkan lagi kualitinya.

Tundra 1m miles (3)

Model tahun 2007 ini merupakan model pertama yang dipasang kilang Toyota di San Antonio, Texas. Sepanjang tempoh pemilikan itu, Sheppard telah melakukan perjalanan purata sekitar 178 ribu kilometer setahun.

Beliau juga telah menjalani 117 kali servis rutin di pusat servis Toyota dan menggantikan hanya peralatan pakai lusuh (wear & tear). Tiada pembaikan besar yang dibuat, enjin dan transmisi masih dalam keadaan baik malah cat badannya tidak berubah langsung. Beliau menggunakan kereta ini untuk perjalanan berulang- alik dari Virginia ke North Dakota.

BACA – KENAPA KERETA JEPUN LEBIH DIPERCAYAI?

BACA – EKSPEDISI EVEREST-BUKTI TOYOTA TAHAN LASAK

Inilah sebenarnya Toyota. “Diuji” dalam pemanduan dunia sebenar sehingga 1.6 juta kilometer membuktikan bahawa betapa reliabliti menjadi tonggak binaan setiap kenderaan mereka. Falsafah ini lah yang selalu menyebabkan mereka dikutuk oleh peminat automotif generasi gajet moden-Toyota kurang spesifikasi, tak ada gajet itu dan ini.

Tapi kalau banyak gajet pun setahun 16 kali masuk workshop pun kau nak buat apa?

Hail Vios!

Google ads
Back to top button