Buletin

VOLKSWAGEN PINTAS TOYOTA – VW NO 1 DI DUNIA

Separuh pertama tahun 2016 menyaksikan konglomerat Kumpulan Volkswagen memintas kedudukan Toyota sebagai pengeluar kenderaan No 1 dunia. Walaupun dibebani krisis emisi disel pada tahun lepas, VW mencatat peningkatan jualan sebanyak 1.5 peratus.

Volkswagen-Vento-Highline-Penang-mekanika (21)

VW berjaya menjual sejumlah 5.12 juta kenderaan sepanjang tempoh Januari – Jun tahun ini. Toyota jatuh di tangga kedua dengan jualan 4.99 juta kenderaan. Situasi ini sama seperti tahun lepas di mana separuh tahun pertama menyaksikan Volkswagen meninggalkan Toyota.

Nampaknya kesan krisis disel tersebut hanya berlaku dominan di Amerika Utara – pasaran VW paling kecil. Kenderaan yang dijual di Amerika Syarikat menyusut 7.2 peratus pada tahun ini namun di benua Eropah, jualan meningkat 3.8 peratus dan peningkatan 6.8 peratus di pasaran China.

Toyota-CNY-2016-Promotion-mekanika (3)

Kejatuhan Toyota adalah kesan dari jumlah pengeluaran yang terpaksa dikurangkan pada April lalu. Bencana gempabumi yang melanda Kumamoto menyebabkan banyak industri berat di Jepun terjejas teruk. Di bawah senarai Toyota ialah syarikat General Motor.

Google ads
Back to top button