Buletin

TRD PERFORMANCE PACKAGE UNTUK TOYOTA TUNDRA, DARI 389 HP KEPADA 421 HP!

Selain mengeluarkan kereta yang berkuasa, pengeluar juga menawarkan pakej untuk pemilik menaik taraf enjin.

Contoh terbaru Toyota menawarkan TRD Performance Package untuk pemilik pikap Tundra bermula awal 2024.

Dalam keadaan asal, Tundra dengan enjin i-FORCE dan i-FORCE MAX (hibrid) 3.5 liter V6 turbo berkembar sudah pun berkuasa tinggi.

Melalui pakej prestasi TRD, enjin i-FORCE yang berkuasa 389 kuasa kuda (hp) pada 5,200 rpm dan tork 649Nm pada 2,400 rpm melonjak kepada 421 hp dan julat tork 400 rpm lebih awal.

Enjin hibrid i-FORCE MAX pula meningkat dari 437 hp kepada 469 hp.

Untuk menjadikannya lebih berkuasa, para jurutera telah meningkatkan aliran udara kepada pengecas turbo dan mengoptimumkan pengurusan enjin melalui perisian. 

Pakej TRD menggunakan kemasukan udara berkembar yang lebih besar dan ekzos yang mengurangkan tekanan belakang (back pressure).

Selesai di situ, pengurusan enjin ditentukur untuk memanfaatkan perkakasan baharu dan petrol oktana 91 (RON 95) yang merupakan ciri penting bagi membolehkan jurutera mengoptimumkan kuasa enjin.

Talaan pada pendikit melengkapi peningkatan prestasi dan memberikan rasa pemanduan yang lebih sporti dan berkuasa.

Tidak hanya kuasa, pakej TRD juga melibatkan penampilan sebagai tanda naik taraf seperti logo khas pada pintu kargo dan muncung ekzos. 

Bunyi pengecas turbo sedang bekerja dan ekzos yang lebih garang juga memberi bukti Tundra yang dipandu mendapat sentuhan TRD.

Kit tersebut dipasang sebelum Tundra dihantar kepada pengedar dan ditawarkan Toyota bermakna jaminan rasmi diberikan sekali.

Buat permulaan, Toyota menawarkannya kepada Tundra baharu dan sedang mempertimbangkan untuk model lain dan pemilik Tundra sedia ada.

TRD Performance Package ditawarkan pada harga AS$3,400 (RM15,880).

BACA: TOYOTA SEDIA SIMULATOR UNTUK CUBA ISODYNAMIC PERFORMANCE SEAT, KERUSI DENGAN PENYERAP HENTAK!

BACA: TOYOTA FT-Se, KERETA SPORT ELEKTRIK TAMPIL GARANG DI TOKYO!

BACA: TOYOTA FJ BRUISER CONCEPT – APA SAHAJA BENTUK MUKA BUMI PUN TIADA MASALAH

TRD Performance Package:

Toyota Tundra 2024:

Google ads
Back to top button