Motosikal

HARGA BARU TRIUMPH THRUXTON R & T120 – PENGURANGAN SEHINGGA RM8,000!

Kepada mereka yang dah lama simpan angan-angan nak beli motosikal moden klasik Triumph, ini berita terbaik untuk anda.

Triumph-Bonneville-Thruxton-R-mekanika (1)

Sebabnya, pengedar rasmi morosikal Triumph di Malaysia, Fast Bikes Sdn. Bhd. (Fast Bikes) telah pun mengumumkan harga baru untuk model Triumph Thruxton R dan Bonneville T120.

Ia menyaksikan harga Thruxton R dikurangkan sebanyak RM8,000 daripada RM91,900 menjadi RM83,900. Manakala harga Bonneville T120 pula turun sebanyak RM7,000 kepada RM72,900 (harga asal RM79,900). Harga termasuk GST, tanpa insurans dan kos di atas jalan.

Triumph-Bonneville-T120-mekanika (1)

Macam mana kalau saya baru beli minggu lepas? Jangan sedih.

“Sebagai sebahagian daripada Pelan Penjagaan Pelanggan Triumph, kami akan menawarkan pembeli Thruxton R dan Bonneville T120 sebelum ini dengan baucar kredit di kedai. Nilainya sama dengan perbezaan harga tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes, Dato’ Razak Al-Malique Hussain.

Triumph-Bonneville-T120-mekanika (3)

Kedua-dua model itu dilancarkan di Kuala Lumpur pada Mei lalu bersama model Street Twin dalam rangkaian moden klasik Triumph.

Bagaimanapun, Thruxton R dengan skim warna Matt Black hadir dengan premium sebanyak RM1,000. Sama juga dengan Bonneville T120 yang datang dalam skim dua tona dan Matt Graphite.

Triumph-Bonneville-T120-mekanika (2)

Bagaimanapun, harga model Street Twin tidak berubah. Premium RM1,000 akan ditambah untuk skim warna Matt Black.

Dalam perkembangan berkaitan, Fast Bikes turut memulakan promosi Fuyoo selama dua bulan ke atas model Street Triple R dan Tiger 800 (varian XRx & XCx).

Triumph-Fuyoo-promo-2016-mekanika (1)

Untuk tempoh terhad, Street Triple R akan diberi rebat tunai sebanyak RM3,000 dan kredit kedai bemilai RM2,000. Selain insurans dan cukai jalan percuma selama setahun. Pelanggan juga akan menerima sebuah beg tangki.

Tidak cukup? semua aksesori Street Triple R ditawarkan diskaun sebanyak 40 peratus. Street Triple R ditawarkan pada harga RM53,900 seunit.

Triumph-Fuyoo-promo-2016-mekanika (2)

Bagi mereka yang lebih sukakan jentera kembara, Tiger 800 XR boleh anda miliki pada harga pengenalan RM59,900 seunit. Anda juga boleh memilih varian lebih tinggi iaitu Tiger 800 XRx dan XCx pada harga menarik.
Tunggu apa lagi? Inilah masa terbaik untuk anda memiliki sebuah Triumph. Memang stail!

Google ads
Back to top button