Artikel Pilihan

10 FAKTA PANTAS BERKENAAN TOYOTA INNOVA ZENIX, PETROL & HYBRID.

KIJANG merupakan singkatan kepada perkataan Kerjasama Indonesia Japang merupakan satu inisiatif yang dirintis oleh kerajaan Indonesia dan juga Toyota dalam usaha membangunkan industri automotif di Indonesia semenjak 45 tahun yang lepas

Hasil usahasama ini menghasilkan MPV yang dikenali sebagai Toyota Unser di malaysia, diikuti dengan Toyota Innova serta yang terbaru Toyota Innova Zenix. Bagi memudahkan anda memahami mengenai MPV terbaru Toyota ini, kami senaraikan fakta di bawah:

1. Toyota Zenix menggunakan platform monocoque TNGA-C yang baharu bagi menggantikan platform ladder frame yang lama. Ini bermakna Zenix akan menggunakan pacuan depan berbanding dengan model lama yang menggunakan pacuan belakang

2. Zenix juga menggunakan enjin yang baru iaitu enjin Dynamic Force 2000cc M20A FKS yang menjana sehingga 172 kuasa kuda pada 6600 RPM dan juga 205Nm tork pada 4500 RPM. Kuasa enjin dihantar ke roda depan menggunakan transmisi CVT dengan 7 kelajuan maya

3. Satu lagi trenkuasa yang ditawarkan ialah trenkusa hibrid dengan menggunakan enjin MA20A FXS, menjana 150 kuasa kuda pada 6000 RPM dan juga 187Nm tork pada 4400 RPM. Kuasa enjin digabungkan dengan motor elektrik 111 kuasa kuda dan 205Nm tork dengan kuasa elektrik dibekalkan daripada bateri nikel metal hydride.

Kuasa maksima sistem hibrid ialah 184 kuasa kuda dengan Mode Elektrik sepenuhnya boleh diaktifkan jika tenaga elektrik dalam bateri mencukupi. Bateri pula diberikan jaminan selama 8 tahun

4. Paltform TNGA-C ini menggunakan konfigurasi yang sama seperti Corolla Cross iaitu Topang McPherson di roda depan dan juga torsion beam di roda belakang. Semua roda dipasang dengan brek cakera bagi kuasa membrek yang maksimum.

5. Dari segi rekaan luar, Toyota Zenix direka seperti Toyota Corolla Cross terutama di bahagian jeriji depan dan juga perumah tayar depan dan belakang. Panjang keseluruhan Zenix ialah 4755mm, lebar 1850mm, tinggi 1795mm dan jarak antara roda ialah 2850mm. Jarak cesi dengan permukaan jalan ialah 185mm memudahkan Zenix melalui permukaan jalan tidak rata

6. Dari segi penampilan, Toyota Zenix menawarkan lampu LED dengan reflektor di bahagian depan, lampu LED belakang, lampu LED DRL, power tailgate yang boleh dibuka dengan arahan suara, menggunakan rim pilihan 16 atau 17 inci bergantung pada varian

7. Konfigurasi tempat duduk yang ditawarkan ialah 2+2+3 menjadikan jumlah tempat duduk ialah 7. Barisan kedua menawarkan Ottoman Seat yang lebih selesa berdasarkan varian. Tawaran panaromic roof juga disediakan bagi menjadikan kabin nampak lebih luas dan mewah

8. Antara ciri-ciri lain yang moden yang turut ditawarkan termasuklah pengecas tanpa wayar, corong penyaman udara di bahagian bumbung, paparan multimedia 10″ sambungan Apple Car Play/Android Auto, lampu kabin malam di sekitar papan pemuka dan bumbung, ciri Auto Hold, paparan meter 7 inci untuk pemandu dan juga 2 skrin 10″ LED untuk penumpang barisan tempat duduk kedua.

9. Dalam aspek keselamatan Toyota Zenix ditawarkan dengan sistem Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi pakej Pre Collision System, Lane Departure Alert & Lane Tracing Assist, Dynamic Radar Cruise Control, Auto High Beam, Amaran Titik Buta dan Rear Cross Traffic Alert

10. Sama seperti Toyota Veloz yang diperkenalkan, Toyota Zenix datang dengan ciri sambungan TinTouch yang boleh memberikan amaran kepada pemand melalui sambungan telefon, ciri Find My Car, Geofencing, e-Care, Support Centre, Road Assistance, dan penjejakan kecurian kenderaan

Toyota Innova Zenix ditawarkan dengan harga permulaan sekitar RM 122,000 bagi varian petrol terendah, RM 133,000 bagi varian hybrid terendah, RM 152,000 bagi varian hybrid pertengahan dan RM 175,000 bagi varian hibrid paling mewah lengkap dengan aksesori Modellista

Google ads
Back to top button