10 FAKTA TENTANG ALFA ROMEO, JENAMA PERLUMBAAN ITALI
Selain daripada Lamborghini dan juga Ferrari iaitu jenama supercar yang dihasilkan oleh Itali, negara Eropah ini juga turut menghasilkan kereta untuk rakyat kebanyakan. Salah satu jenama tersebut ialah Alfa Rome yang kini bernaung di bawah kumpulan Stellantis pada tahun 2021.
Kami senaraikan beberapa fakta menarik berkenaan dengan jenama Alfa Romeo untuk bacaan anda. Antaranya ialah:
1. Syarikat ini sebenarnya berasal dari syarikat Peranchis yang bernama Darracq yang membina cawangan mereka di Itali. Di Itali syarikat ini dinamakan sebagai Societa Italiana Automobili Darracq. Nama Darracq diambil daripada pengasas syarikat ini iaitu Alexandre Darracq yang juga menteri pengangkutan Peranchis ketika itu
Mungkin bagi mengelakkan conflict of interest, Darracq membina kilang mereka di Milan, Itali.
2. Societa Italiana Automobili Darracq dibeli oleh seorang aristokrat Itali iaitu Ugo Stella selepas pemilik asal Darraqc gagal membuat sebarang keuntungan di Itali. Syarikat baru ini dikenali sebagai ALFA yang merupakan singkatan daripada Anonima Lombarda Fabbrica Automobili.
Nama Anonima dipilih oleh Ugo Stella selepas beliau mendapat bantuan sokongan kewangan daripada pelabur misteri yang tidak ingin dikenali ramai. Pada tahun 1910, syarikat ini melancarkan kereta pertama mereka iaitu ALFA 24HP
3. Pada tahun 1915 ketika Itali terlibat dengan WW1, ALFA berada di bawah pengawasan jurutera dan usahawan terkenal Itali iaitu Nicola Romeo bagi menghasilkan enjin kapal terbang. Ini kerana Nicola Romeo membeli sebahagian besar saham ALFA ketika itu
4. Nama Alfa Romeo mula digunakan pada tahun 1918 selepas proses penggabungan dan pembelian saham ALFA oleh Mr Nicola Romeo dimuktamadkan. Produk pertama mereka ialah pada tahun 1920 dengan pelancaran Alfa Romeo Torpedo 20-30 HP
5. Logo Alfa Rome dicipta oleh Romano Cattaneo selepas diupah oleh Ugo Stella. Romano mendapat idea logo ini ketika menunggu tram dan terlihat Biscione Visconteo iaitu Coat of Arm bagi keluarga Visconti iaitu keluarga pemerintah Milan
Logo atau Coat of Arm ini menampilkan Biscione Snake yang memakakan manusia dan logo salib merag di sebelah kiri dengan latar belakang putih bagi menunjukkan latar belakang Milan. Sepanjang kewujudannya, logo ini telah bertukar beberapa kali
6. Pembabitan Alfa Romeo dalam perlumbaan adalah bermula seawal tahun 1911 lagi dalam perlumbaan Targa Florio, Mille Miglia, Le Mans, Vanderbilt Cup dan juga terkini Alfa Romeo F1 Racing Team. Dalam Perlumbaan Targa Florio, mereka berjaya mendapat tempat kedua pada tahun 1920 dan menjadi juara pada tahun 1923.
7. Salah satu faktor kemenangan Alfa Romeo dalam perlumbaan ialah apabila pengasas Ferrari iaitu Enzo Ferrari menjadi pelumba kepada pasukan lumba Alfa Romeo pada tahun 1920 dan menjadi pengurus pasukan lumba pada tahun 1923. Enzo bertugas sebagai pengurus di pasukan lumba Alfa selama 10 tahun
8. Ketika perlumbaan Targa Florio berlangsung, pelumba Alfa iaitu Ugo Sivocci memenangi tempat pertama selepas beberapa kali mendapat tempat kedua. Kemenangan ini berlaku selepas Ugo mewarnakan keretanya dengan warna putih dan sekuntum bunga hijau 4 kelopak.
Sehingga hari ini model Alfa Romeo sport yang terbaik akan dinamakan sebagai Quadriofoglio bagi tuah dan menunjukkan ini model paling laju buatan Alfa Romeo
9. Pada tahun 1928, Nicola Romeo menjual semua sahamnya dala syarikat menyebabkanya diambil alih oleh kerajaan, aktiviti perlumbaan dikurangkan, menjadi alat propaganda fasis dan kerjsama mereka dengan Scuderia Ferrari ditamatkan. Enzo dilarang daripada menggunakan pengalaman teknikal perlumbaan selama 4 tahun.
10. Antara kereta terbaik buatan Alfa Romeo ialah Alfa Romeo 8C, AF 1900, AF 1750 GT, AF Spider, AF 33 Stradale, AF Montreal, AF 164, AF 156, AF 8C Competizione, dan akhir sekali Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio
Model-model terbaru Alfa Romeo seperti Giulia Quadrifoglio, 4C, 8C dan Stelvio menunjukkan Alfa Romeo masih berpegang teguh dengan semangat perlumbaan mereka, walaupun Alfa Romeo terkenal sebagai sebuah model yang cepat rosak dan ditimpa pelbagai masalah mekanikal.
Bak kata Jeremy Clarkson, anda bukanlah peminat kereta sejati selagi anda belum pernah memiliki dan memandu Alfa Romeo