Artikel PilihanBuletin

10 KERETA TERLARIS DI AMERIKA SYARIKAT (DAN PELIKNYA, TIADA SATU PUN SUV!)

Sebelum China muncul dengan angka jualan kenderaan luar biasa sehingga menjangkau 27 juta unit setahun, Amerika sebenarnya sudah lama menguasai pasaran automotif.

Hampir semua pengeluar mensasarkan Amerika sebagai kayu ukur kejayaan sesebuah jenama dan kerana itu juga, model-model yang berjaya di AS sering jadi panduan pengeluar seluruh dunia.

Walaupun kita sering dengar tentang peningkatan jualan SUV di seluruh dunia, namun anehnya di AS, ia belum cukup untuk meletakkan mana-mana model SUV atau crossover dalam 10 senarai teratas.

Berikut ialah model yang laris sepanjang tahun ini

10. HYUNDAI VELOSTER TURBO

Hatchback tiga pintu ini dijual bermula pada harga USD21,900 (RM91K). Ia model baru sepenuhnya untuk tahun 2019 dan merupakan generasi kedua enjin 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan 201 kuasa kuda.

Ditawarkan dalam pilihan transmisi manual enam kelajuan dan automatik dual-klac.

9. HONDA ACCORD

Bila bercakap tentang sedan kelas pertengahan, Accord adalah salah satu pilihan pembeli di sana. Sedan empat pintu ini ditawarkan dalam varian paling asas dengan trasmisi manual bermula Sport trim, Touring atau model mewah LX.

Ia didatangkan dengan sistem infotainmen canggih, adaptif cruise control dan pilihan Honda Sensing.

8. TOYOTA COROLLA

Ia mungkin kereta yang paling tak canggih atau pun paling berusia dalam kelasnya. Tapi Corolla, produk paling lama dalam garis model Toyota kekal sebagai model paling lasak dan dipercayai.

Model barunya akan tiba awal tahun depan, tapi model sekarang masih mendapat sambutan bagi pembeli Amerika.

7. HONDA CIVIC 

Selain Asia, CIvic juga berjaya di Amerika macam dulu-dulu. Apa lagi sekarang dengan tawaran pelbagai varian, sedan, hatchback dan juga versi sukan. CIvic Type-R

6. VOLKSWAGEN GOLF R

Antara kereta hacthback paling berkuasa dalam kelasnya.
Dan walaupun kesan skandal dieselgate Volkswagen amat besar di Amerika, namun ia tak menjejaskan jualan kereta-kereta yang menarik dari VW.
2.0 liter, 292 kuasa kuda dan transmisi manual enam kelajuan.
Harga kat sana pun sama lebih kurang CRV kat Malaysia.
Tak susah nak buat keputusan kan?
5. CHEVROLET VOLT
Kalau bercakap tentang kereta elektrik/PHEV dari Amerika, semua orang kenal Tesla sahaja.
Pun begitu, selain Tesla, Chevrolet adalah antara yang membangunkan kereta “hijau” yang menarik. Model Volt PHEV (Plug-in) merupakan varian paling laris dalam kumpulan automotif ini.
Ternyata pengaruh kereta elektrik sangat positif di Amerika dan kita boleh lihat baki empat lagi kereta dalam senarai paling laris.
4. TOYOTA PRIUS
TOYOTA PRIUS GENERASI KEEMPAT
Selain di Jepun dan Australia, Amerika adalah pasaran terbesar Prius.
Keluar sahaja model baru, ia akan terus dibeli kerana reputasi enjin hybridnya adalah yang terbaik dalam industri. Tak perlu dipersoalkan lagi bila nak beli sebuah kereta hybrid yang merupakan teknologi komersial pertama di dunia
3. BMW i3
Serius eh? serius BMW i3 laku kat Amerika?
Ya betul. Anehnya, walaupun kereta dalam julat perjalanan i3 ini ada Chevrolet Bolt dan Nissan Leaf, nampaknya BMW i3 lebih berjaya.
Mungkin selera orang kaya nak pakai kereta elektrik tapi tak mau nampak lekeh pakai Chevy atau Nissan.
Agaknya lah..
2. TESLA MODEL S
Model flagship Tesla ini membuktikan bahawa kereta elektrik ada masa hadapan yang cerah. Mahal, tapi canggih dan orang tetap beli.
1. TOYOTA PRIUS C
Toyota sedar, untuk memenang pasaran, mereka perlu buat versi Prius yang lebih mampu milik.
Dengan teknologi sedikit kurang canggih berbanding Prius dan saiz badan dalam segmen B, ternyata Prius C mendapat sambutan.
Apa lagi dengan harga yang mampu milik sekitar RM80,000 memang ia pilihan yang dinantikan oleh kebanyakan pembeli.
Di Jepun pun, Prius C adalah pilihan top 3 sejak dilancarkan.
Google ads
Back to top button