Motosikal

SEJARAH SUPERBIKE – MODEL-MODEL IKONIK TAHUN 70-AN

Bagi generasi muda masa kini konsep superbike mereka pastinya berbeza daripada generasi terdahulu. Mereka mengenali superbike dengan fairing ala perlumbaan, kelajuan yang melampau dan kos pemilikan yang sangat tinggi. Namun perlu diingat yang superbike bukanlah produk keluaran 90-an tetapi ia adalah produk 70-an (zaman Pak Amid dan Pakcik Tamin). Mulai dari saat itu sehinggalah kini, superbike telah berevolusi dan sesaran 750 cc asal kini sudahpun meningkat sehingga hampir dua kali ganda dalam masa empat dekad.

Tapi aura dan karektor superbike original ini sukar digugat sehingga ke hari ini. memang la kot sebab ini merupakan model perintis superbike yang telah mencipta sejarah. Untuk menghargai model-model ikonik ini, Classic Bike Magazine dan Brightside Media telah menghasilkan video khusus mengenainya. Beberapa model hebat telah dipaparkan antaranya ialah:

Honda CB750

CB750 Four merupakan superbike original dan yang terawal. Ia merupakan kali pertama kelajuan dan kuasa digandingkan dan menjadi popular dan sesuai ditunggang oleh penunggang amatur. Ia sebenarnya dihasilkan pada tahun 1969 dengan enjin empat-selinder yang mampu menghasilkan 67 hp pada masa itu.

Dengan pengenalannya, Honda telah berjaya mencuri perhatian dunia dari Kawasaki yang juga sedang membangunkan model dengan kapasiti yang sama ketika itu. Jualan CB750 juga melonjak di seluruh dunia dengan 3,000 unit berjaya dijual dalam masa sebulan sahaja di AS.

Dua tahun kemudian, Honda memperkenalkan CB500 yang lebih kecil untuk mereka yang tidak sukakan enjin yang terlalu besar seperti CB750.

BACA: KISAH MENYAYAT HATI TENTANG SUPERBIKE DARI SYARIKAT TERNAMA YANG TIDAK LAKU DI PASARAN

Kawasaki Z1

Selepas memperkenalkan model ganas H1 500 dan H2 750, Kawasaki menaikkan lagi taraf permainan mereka dengan memeperkenalkan model Z mereka yang pertama. Ia dinamakan Kawasaki Z1 dengan kapasiti enjin konsep 1-liter dan ramai juga menganggap yang Z1 inilah superbike pertama dan bukannya CB750.

Satu perkara yang agak kurang menarik ialah Z1 menggabungkan teknologi terbaik pada masa itu tetapi dipadankan dengan casis yang agak usang dan tidak setanding dengan enjinnya. Pelbagai modifikasi terpaksa dilakukan khususnya untuk perlumbaan. Model Z ini masih lagi wujud dalam varian Kawasaki moden, contohnya Z900 RS dan RS Cafe.

Suzuki GT750 Le Mans

Lebih dikenali dengan nama GT750 (Le Mans merupakan nama untuk pasaran AS) dan ia merupakan jawapan Suzuki kepada Honda CB750 dan Kawasaki H2. Ia adalah lebih berat dan tidak selincah model saingan tetapi ia juga lebih stabil dan mudah dikawal. Suspensi yang lembut dan pusat graviti yang rendah menjadikan ia sebuah tourer yang selesa berbanding saingannya yang lebih sesuai untuk golongan lebih muda.

Diperkenalkan dalam tahun 1972, model ini mungkin tidak seperti diharapkan pengamal media tetapi ia menjadi tarikan ramai dalam masa yang singkat. Ia dikuasakan oleh enjin 2-lejang, sejukan udara dengan tiga selinder yang mampu menghasilkan 70 hp kuasa menjadikan GT sebagai versi baru superbike tahun 70-an.

Google ads
Back to top button