
10 SYARIKAT AUTOMOTIF DUNIA YANG PALING UNTUNG PADA TAHUN 2022
Berdasarkan data yang diekod oleh ACEA (European Automobile Manufacturers’ Association), sebanyak 85.4 juta kenderaan telah fihasilkan pada tahun 2022, meningkat sebanyak 5.7% berbanding daripada tahun 2021. Sektor automotif menyumbang 3% kepada GDP dunia dengan negara besar seperti China dan India sektor ini menyumbang sehingga 7%.
Industri automotif juga memberikan peluang pekerjaan kepada 4 juta penduduk dunia secara langsung dan tidak langsung. Data yang diperolehi menunjukkan China merupakan pengeluar terbesar automotif dunia sebanyak 27 juta unit kenderaan, meningkat sebanyak 3% manakala Amerika berada di tempat kedua sebanyak 14.9 juta kenderaan
Toyota kekal sebagai pengeluar dan penjual kenderaan terbanyak dengan angfka 10 juta pada tahun 2022 dan diikuti oleh Volkswagen dengan angka 8.3 juta unit kenderaan. Bagi sektor EV, BYD mendahului nilai jualan dengan angka 1.8 juta unit kenderaan manakala Tesla pula menjual sebanyak 1.3 juta unit kenderaan pada tahun 2022
Berikut ialah 10 syarikat automotif dunia yang merupakan syarikat public listed dengan data jualan dan data keuntungan yang dipaparkan menerusi laporan tahunan syarikat.
10. Kia Motor Corporation mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 4.2 billion USD manakal nilai jualan pula ialah sebanyak 67.2 billion USD. Dari segi nisbah keuntungan kepada jualan ialah sekitar 6.3% dan berjaya mengalahkan Hyundai Motor Corporation
Pada tahun 2022, Kia menjual 2.9 juat kenderaan, meningkat 4.6% berbanding 2021 dengan Kia Sportage dijual sebanyak 452,068 di seluruh dunia. Keuntungan syarikat juga meningklat sebanyak 13.5% berbanding dari tahun 2021 dengan pengenalan model Niro dan Seltos
9. General Motor – mencatatkan keuntungan bersih 9.93 billion dari jualan 156.73 billion USD dengan kadar keuntungan pada nilai jualan ialah 6.3%. GM beroperasi di 8 buah negara dan pernah menjadi pengeluar terbesar dunia sebelum kalah pada Toyota tahun 2008
GM dan Stellantis dilaporkan telah membayar penalti bernilai 363 juta USD di Amerika disebabkan kegagalan kenderaan mereka memenuhi regulasi penggunaan bahan api yang tidak tepat seperti yang diiklankan
8. Changan Automobile – diasaskan pada tahun 1862 sebagai syarikat pembekalan peralatan perang dan memulakan pengeluaran kenderaan pada tahn 1959 dengan menggunakan lesen daripada Suzuki. Changan juga merupakan salah satu syarikat automotif yang dimiliki oleh kerajaan mencatatkan nilai jualan 17 billion USD pada tahun 2022.
Nilai keuntungan pula ialah 1.09 billion USD dengan menjadikan peratus keuntungan ialah 6.4%. Changan menjual 2 juta unit kenderaan pada tahun 2022 dan mendapat kedudukan no 5 di China dari segi penguasaan pasaran
7. Toyota Motor Corporation – mencatatkan nilai keuntungan sebanyak 17.59 billion USD daripada nilai jualan sebanyak 266.6 billion USD sekaligus memberikan nilai peratus keuntungan ialah 6.6%. Angka ini merupakan angka terbesar bagi syarikat automotif di Jepun turut merangkumi jualan peralatan alat industri seperti forklift
6. GAC Motor – Guangzhou Automobile Group mendedahkan mereka menjual 2.4 juta kenderaan secara global pada tahun 2022 dengan nilai jualan mencecah 15.4 billion USD. Dari nilai ini GAC memperolehi peratus keuntungan sebanyak 7.3% dengan nilai keuntungan 1.13 billion USD.
5. Stellantis – merupakan pakatan gabungan antara Fiat dan PSA serta menaungi 14 jenama seperti Abarth, Alfa, Chrysler, Citroen, Dodge, DS, Jeep, Lancia, Maserati, Opel dan juga Peugeot. Stellantis berjaya menjual 5.84 juta kenderaan dengan nilai 193.2 billion USD.
Angka keuntungan pula ialah 18.07 billion USD dengan peratus keuntungan mencapai 9.4%. Stellantis merancang untuk membina 5 kilang menghasilkan bateri menjelang tahun 2025 sebagai salah satu strategi menaikkan jualan kumpulan
4. Mercedes-Benz Group – menjual 2.45 juta kederaan tahun lepas dengan kedudukan no 4 sebagai syarikat automotif yang mendapat keuntungan yang bagus pada 2022. Nilai jualan pada 2022 ialah 161.4 billion USD dengan keuntungan sebanyak 15.6 USD sekaligus mencatatkan angka 9.7% keuntungan.
3. Dongfeng Motor– merupakan salah satu syarikat milik kerajaan yang berpusat di Wuhan dan menjual sebanyak 2.46 juta unit kederaan termasuk 358,361 New Energy Vehicles. Dongfeng memperoleh 13 biilion USD dari nilai jualan, mencatat 1.44 billion USD keuntungan dan peratus keuntungan ialah 11%
2. BMW Group -walaupun hanya mencatatkan jualan sebanyak 2.4 juta kenderaan di peringkat global pada tahun 2022, nilai jualan BMW mencecah 153.44 billion USD dengan nilai keuntungan yang direkod ialah 19.3 billion. Peratus keuntungan ialah 12.6% bagi tahun 2022. BMW untuk meningkatkan jualan EV sebanyak 83.2% pada tahun 2023
1. Tesla Incorporated – merupakan syarikat automotif paling menguntungkan di dunia dengan peratus keuntungan mencecah 15.4%. Pada tahun 2022, Tesla memperoleh nilai jualan 81.46 billion USD dengan keuntungan bersih mencecah 12.58 billion USD
Tesla juga merupakan syarikat automotif yang mempelopori teknologi kereta elektrik dengan 1.3 juta kenderan terjual di seluruh dunia dengan nilan keuntungan setiap unit EV terjual adalah 9,574 USD. TEsla juga banyak bergantung pada teknologi automasi, teknik pembuatan terkini yang lebih pantas dan murah.



