Buletin

115 RIBU HONDA FIT, HR-V DIPANGGIL SEMULA, MASALAH KAMERA SANDARAN GAGAL BERFUNGSI

Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) memanggil semula kira-kira 114,686 unit Honda Fit dan Honda HR-V di Amerika Syarikat.

Menurut laporan, model tahun 2018 hingga 2020 itu tertakluk di bawah kempen panggil semula disebabkan oleh masalah kamera sandaran yang gagal berfungsi.

NHTSA menjelaskan, ia berpunca daripada komponen litar kuasa di dalam sistem infotainmen yang tidak direka dengan baik, menyebabkan operasi kamera sukar untuk dimulakan.

Isu ini mula dikesan pada Oktober 2020, dan setelah siasatan dibuat pada Ogos 2021, Honda mendapati masalah itu akan berlaku saat enjin kenderaan dihidupkan.

Pada Mei 2022, Honda mendapati masalah kamera sandaran itu hanya akan berlaku apabila pemandu menggunakan kunci sebenar untuk memulakan enjin.

Kegagalan sistem kamera undur ini menyebabkan model Fit dan HR-V tidak lagi memenuhi regulasi undang-undang di Amerika yang memerlukan setiap kereta mempunyai kamera sandaran.

Sehingga 27 Januari 2023, Honda Amerika telah menerima 205 tuntutan waranti berkaitan isu tersebut, namun tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian membabitkan kegagalan kamera undur berfungsi.

Google ads
Back to top button