
BELI CR-V DAN HR-V NIKMATI GANJARAN SEHINGGA RM13,000* DAN PELBAGAI PROMOSI MENARIK
Memang tidak dinafikan jika anda ingin membeli sebuah SUV sekarang, tawaran yang ada di pasaran cukup banyak. Tetapi, tak payah nak pening sebab Honda yang merupakan jenama SUV bukan nasional No.1 di Malaysia akan mengadakan dua kempen menarik khas buat anda semua.
Sempena sambutan Hari Bapa, pengedar Honda di seluruh Malaysia akan mengadakan kempen khas pada 14 dan 15 Jun 2025. Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti sesi pandu uji, menerima tempahan, kelulusan pinjaman yang pantas, promosi istimewa dan hidangan makanan menarik.
Kempen Honda Parents Day pula menawarkan ganjaran sehingga RM12,000* untuk HR-V. Bermula pada 1 hingga 30 Jun 2025, mana-mana ibu bapa yang mendaftar HR-V layak menerima ganjaran sehingga RM10,000* dan ganjaran tambahan seperti subsidi petrol sebanyak RM500* dan baucar sevis bernilai RM1,500* untuk dua tahun. Fuh, mantap betul.
Bukan itu sahaja, sebagai sebahagian daripada promosi istimewa CR-V Mid-Year Bonanza, mana-mana pelanggan yang membeli Honda CR-V akan layak menerima ganjaran bernilai sehingga RM13,000*, termasuk diskaun tunai RM8,000* dan baucar servis percuma bernilai RM5,000* untuk tempoh lima tahun.
Promosi ini sah untuk pendaftaran dari 1 hingga 30 Jun 2025.

Jadi, nak beli SUV yang mana satu? Kalau pilih Honda CR-V, jentera berkenaan dikuasakan oleh rangkaian hibrid e:HEV yang terdiri daripada 2.0L e:HEV atau enjin pengecas turbo 1.5L. Dah la power, jimat minyak pula tu.
SUV itu turut dilengkapi sistem bunyi Bose dengan 12 unit pembesar suara serta ketersambungan Apple CarPlay™ tanpa wayar dan Android Auto™. Untuk memudahkan urusan memarkir, CR-V dipasang dengan kamera 360 darjah.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa CR-V merupakan antara SUV keluarga terbaik yang anda boleh miliki sekarang. Ini kerana jentera berkenaan menawarkan aspek penampilan, rangkaian kuasa, ruang dalaman yang luas dan praktikal, sistem keselamatan serta nilai jualan semula yang cukup memuaskan.
CR-V dinobatkan sebagai SUV segmen C paling laris pada tahun 2024 dengan 11,300 berjaya diserahkan kepada pelanggan. Ia juga hadir dalam tiga varian dengan enjin petrol iaitu S, E dan V. Manakala varian tertinggi ialah e:HEV RS.
Honda HR-V pula dilihat cukup praktikal untuk mereka yang inginkan sebuah sebuah SUV keluarga kompak. Anda boleh memilih daripada beberapa pilihan enjin iaitu sama ada hibrid e:HEV, enjin turbo VTEC atau 1.5 liter NA.

Antara ciri terbaik yang ada pada HR-V ialah tempat duduk multi-utiliti dan power tailgate bebas tangan.
Terbaharu, HR-V hadir dalam warna yang cukup menarik iaitu Stellar Diamond Pearl tanpa perlu tambahan wang. Penampilan SUV itu juga semakin sporty menerusi pemasangan bodykit seperti spoiler hadapan bersama grafik ‘degupan jantung’ dan kemasan hitam berkilat pada arca roda.
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk memiliki sebuah SUV Honda idaman anda sekarang!
Maklumat lanjut, sila layari laman web Honda: https://www.honda.com.my/happening/94/no1-non-national-suv dan ikuti laman sosial Facebook dan Instagram rasmi mereka.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
- BACA: HONDA MALAYSIA LANCAR EV PERTAMA – HONDA e:N1 SERBA BARU
- BACA: HONDA MALAYSIA UMUM STRATEGI 2025 DENGAN PENGENALAN 3 MODEL BAHARU
- BACA: HONDA MALAYSIA PERKENALKAN HONDA INSURANCE PLUS (HiP) TERKINI – TERMASUK PENUNDAAN TANPA HAD JARAK
- BACA: HONDA MALAYSIA UMUM HARGA HONDA CR-V e:HEV RS, BERMULA RM195K