
20 JENAMA KERETA YANG TELAH MENJADI SUPERSTAR INSTAGRAM
Tak kira sama ada nama mereka disebut secara positif ataupun negatif, jenama-jenama ini merupakan superstar kerana disebut jutaan kali oleh pengguna Instagram di seluruh dunia. Walaupun tidak semua syarikat pengeluar mempunyai akaun Instagram tapi kekuatannya memang cukup besar khususnya untuk pemasaran. Kaki kereta pun lagi ramai yang suka tengok gambar daripada membaca rasanya. Firma OSV dari UK telah membuat tinjauan akan populariti jenama-jenama ini di Instagram.
Menariknya syarikat-syarikat ini tak payah aktif pun dalam Instagram tapi jika ya ia memang membantu dari segi pemasaran dan mengumpul pengikut setia.
- Mitsubishi
Mitsubishi berada di tangga ke-20 dengan 3.4 juta kali sebutan di Instagram. Jangan cepat sangat nak gelak kerana banyak lagi jenama lain yang langsung tak tersenarai dalam ni. Mungkin juga sebab Mitsubishi banyak menghasilkan trak pikap dan SUV membuatkan ia kurang popular di Instagram. Ini sungguh ironik kerana kereta paling popular di sosial media, Lancer Evolution kini tidak lagi dikeluarkan. Mungkin tiba masanya Mitsubishi mula pendengar permintaan peminat kot.

19.McLaren
Pengeluar supercar yang memang tak ramai orang mampu beli pun. Mereka tidak menawarkan SUV ataupun sedan mampu milik yang praktikal. Jumlah 3.4 juta sebutan membuktikan yang McLaren popular di kalangan peminat mereka sekurang-kurangnya.

- MG
Mungkin ramai yang tak sangka nama MG muncul lagi. Jenama ini kini ialah kepunyaan Nanjing Automobile Group dari China dan hanya menawarkan 3 model sahaja. Ia adalah jenama bersejarah dengan 3.5 juta kali sebutan dan 136,000 kali hanya untuk MG TA Midget klasik.

- Lexus
Cabang mewah Toyota ini cuma mempunyai 3.8 juta kali sebutan sahaja. Walaupun mereka mempunyai model-model menarik seperti RC F dan LC500 ternyata dalam dunia Instagram tidak ramai yang menyebut tentang Lexus.

- Bentley
Pengeluar kenderaan mewah dan ekslusif ini memang bukannya popular sangat di kalangan peminat kereta tetapi mereka masih mampu menewaskan Lexus dalam senarai ini dengan 4 juta sebutan.

- Mazda
Mazda kini sudah memasuki kategori pengeluar kenderaan sederhana mewah dan hampir mengatasi Honda dan Toyota tetapi belum sampai ke tahap Lexus ataupun Infiniti. Mungkin sebab itu mereka hanya di tangga ke 15 dengan 4.1 sebutan dalam Instagram.

- Suzuki
Suzuki memang terkenal dengan kereta dan SUV kompak keluaran mereka. Mungkin sebab itu mereka disayangi di alam siber dengan 6.5 juta sebutan.

- Volkswagen
Baru sahaja bangkit dari skandal Dieselgate dan mungkin itu juga mendorong kepada populariti dan mungkin juga sebaliknya untuk jenama dari Jerman ini. Sebutan sebanyak 7.8 juta kali membuktikan yang mereka masih ramai pengikut.

- Subaru
Di tangga ke 12 dengan 7.9 juta kali sebutan boleh dikirakan hebat untuk jenama kecil seperti Subaru. Mereka memang ramai peminat setia tapi rasanya tidak sehebat era 90-an dan awal 2000 di mana mereka menempa kejuaraan dalam WRC.

- Mini
Ikon automotif paling berjaya tetapi kini sudah menjadi kereta mewah. Ramai yang mahu memilikinya tetapi harganya sudah semakin di luar jangkauan ramai peminat. Tapi namanya tetap menjadi sebutan sebanyak 9 juta kali di IG.

BACA: KOLEKSI PORSCHE WARNA WARNI SEORANG…ERR GADIS?
- Jeep
Jenama ikonik 4×4 ini mungkin tidak popular mana di Malaysia tetapi mereka mempunyai 10 juta kali sebutan di IG dan semestinya jenama popular mereka Wrangler sahaja mempunyai 1.5 juta hashtag.

- Lamborghini
Mereka cuma mempunyai tiga model sahaja dengan rekod jualan yang langsung tidak setanding dengan Perodua Myvi. Tapi tu lah, supercar yang paling banyak dijadikan poster ni memang mempunyai peminatnya yang tersendiri. 10.4 juta sebutan dalam IG sudah cukup sebagai bukti.

8.Porsche
Berdekad lamanya Porsche menghasilkan model ikonik 911 diikuti dengan SUV dan Panamera. Nama syarikat ini memang cukup popular dengan 11.4 juta sebutan dalam IG. Abang Jakpor sendiri rasanya penyumbang terbesar dalam jumlah tersebut. Malah 911 sendiri mempunyai 1.3 juta hashtag.

- Toyota
Kenderaan paling popular di kalangan cikgu di Malaysia. Dengan rekaan baru model-model yang lebih menarik menjadikan mereka cukup popular baik di dunia sebenar mahupun di dalam IG. 12.6 juta kali sebutan beb. Itu termasuklah mereka yang komplen pasal lampu kabus Vios rasanya. Peace man.

- Mercedes-Benz
Ini mungkin pengeluar kenderaan mewah dengan varian model paling banyak. Sayangnya mereka tidak berada dalam Top 5 tapi tetap bergaya dengan 13 juta sebutan di IG.

- Ferrari
Siapa yang tak pernah jatuh hati dengan Ferrari mungkin hatinya bermasalah. Semua modelnya tak kira klasik ataupun moden mempunyai peminatnya tersendiri. Jadi takdelah pelik sangat bila mereka di tangga kelima dengan 13.1 juta sebutan.

- Audi
Pengeluar Jerman ini juga sedikit terjejas dengan skandal Dieselgate bersama Volkswagen. Mungkin juga sebutan sebanyak 13.2 juta kali juga berkaitan dengan isu tersebut tapi takkanlah semua kan? Mereka juga mempunyai peminat setia apatah lagi Audi sekarang tersangatlah lawa model-modelnya.

- Ford
Ford memang sudah lama menggunakan platform media sosial sebagai senjata pemasaran mereka jadi tidak mustahil mereka menjadi sebutan ramai di IG. 16 juta kali dengan 1.3 hashtag untuk #fordmustang memang berbaloi beb.

- Honda
Abang-abang H dan mula angkat kening tu. Honda memang bintang di IG dengan 21.8 juta sebutan tak kiralah pujian atau kutukan tapi ia membuktikan yang mereka memang popular. Biasalah tu adat superstar, ada yang suka ada yang tak suka.

- BMW
Ini dia raja automotif Instagram. Mereka memang berkembang pesat di dalam Instagram. 28 juta kali sebutan tuan-tuan. Kalau di Malaysia kunci mereka memang menjadi senjata tokey-tokey MLM tapi itu juga membuktikan kekuatan jenama mereka untuk mengembangkan bisnes masing-masing. Dengan pengenalan model baru Z4 sedikit masa lagi semestinya angka tersebut akan semakin meningkat.








