Artikel Pilihan

KISAH 9 SUPERSTAR HOLLYWOOD YANG TERJUN KE DUNIA PERLUMBAAN – MINAT DAN BAKAT MESTI SELARI

Ramai superstar Hollywood yang telah terjun ke dunia perlumbaan selepas merasai nikmat sebenar berlumba sama ada di dalam filem ataupun di luar dalam dunia sebenar. Walaupun mereka telah mengecap populariti dengan lakonan mereka dalam filem-filem blockbuster tetapi mereka masih mencari-cari kepuasan sebenar. Dan ramai yang telah menemuinya dalam kelajuan, kelajuan sebuah jentera perlumbaan yang dipacu untuk menjadi juara sebenar.

Di Malaysia pun ada selebriti yang terlibat dengan dunia perlumbaan seperti Zizan Razak. Bahkan kini dengan adanya Toyota Gazoo Racing Festival, makin ramai artis yang berminat dengan dunia perlumbaan walaupun untuk perlumbaan pertunjukan. Mungkin selepas ini ada yang ingin berlumba dengan lebih serius.

Okey mari kita tengok siapakah superstar-superstar Hollywood yang sudah ketahih dengan kelajuan.

 

  1. Tom Cruise

Selepas menyelesaikan penggambaran filem Mission Impossible: Ghost Protocol, Cruise telah menerima jemputan Red Bull untuk menguji salah satu jentera perlumbaan mereka di litar Willow Spring, California.

Antara pakar yang memberi tunjuk ajar kepada beliau ialah beberapa orang pakar termasuklah bekas pemenang Grand Prix 13-kali, David Coulthard. Buat pertama kalinya Cruise merasai sendiri macam mana rasanya menjadi pelumba F1.

Tidak cukup dengan itu Cruise kemudiannya dibawa menaiki helikopter aerobatik Red Bull untuk merasai kelajuan dalam aksi yang lebih mendebarkan.

  1. Wallace Reid

Ini merupakan orang lama zaman nenek moyang kita. Reid merupakan bekas wartawan untuk majalah Motor Magazine sebelum terjun ke dunia penuh glamor sebgaai pelakon.

Selama hampir 12 tahun bergelar aktor, beliau telah banyak berlakon dalam filem yang memang sesuai dengan jiwa beliau. Antaranya ialah The Roaring Road (1919), Double Speed (1920), Excuse My Dust (1920) dan Too Much Speed (1921). Tajuk pun memang dah gempak habih.

Reid meninggal pada tahun 1923 pada usia 31 tahun akibat ketagihan morfin. Ia juga sebab utama penyertaan beliau ke perlumbaan Indianapolis 500 setahun sebelum itu dibatalkan.

  1. Paul Newman

Bintang filem terhebat dalam bidang perfileman moden ini mula dikenali selepas memenangi Academy Awards kerana lakonan cemerlang beliau dalam filem The Colour of Money (1986). Sebelum itu tidak ramai yang sedar akan minat Newman kepada bidang perlumbaan.

Selepas membintangi filem Winning yang mengisahkan tentang seorang peminat kereta yang mengimpikan untuk memenangi perlumbaan Indianapolis 500, Newman telah menubuhkan sebuah pasukan lumba yang kompetitif dan menamakannya Newman/Hass/Lanigan Racing.

Sebagai pemandu, Newman turut berlumba dalam perlumbaan Le Mans 24-jam dan mendapat tempat kedua dengan memandu Porsche 935 bergandingan dengan Rolf Stommelen. Beliau terus berlumba sehingga usia 70 tahun.

  1. James Garner

Selepas melakonkan watak pelumba terkenal Graham Hill dalam filem Grand Prix, Garner terus jatuh hati dengan perlumbaan kereta sehingga menubuhkan sebuah pasukan lumba sendiri dan dinamakan American International Racers setahun kemudian.

Minat sebenar Garner ialah perlumbaan off-road dan Baja 1000 di Mexico turut menjadi medan perlumbaan beliau. Garner turut menyertai Indianapolis 500 beberapa kali tetapi tidak pernah mendapat kedudukan yang baik.

BACA: 10 PELUMBA MOTOGP TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

  1. Gene Hackman

Seperti Garner, minat Hackman terhadap perlumbaan juga timbul selepas membintangi filem The French Connection, sebuah filem thriller dengan adegan aksi kejar mengejar terbaik dunia.

Lakonan membelasah Pontiac LeMans di celah kesibukan bandar Brooklyn menyebabkan beliau ketagih dengan kelajuan dan beliau diakui sebagai antara pemandu terbaik di Hollywood. Kemuncak dunia perlumbaan Hackman ialah dengan menyertai perlumbaan 24-jam Daytona pada tahun 1983.

  1. James Dean

Dean mula menempa nama selepas membintangi filem Rebel Without A Cause tahun 1955. Pada tahun yang sama filem tersebut ditayangkan, Dean telah membeli sebuah Porsche Speedster dan mula berlumba dalam kategori Novis.

Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan berlumba oleh syarikat Warner Bros sewaktu proses penggambaran filem Giant tahun 1956. Dean meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu berlumba di Salinas, California dengan memandu 550 Spyder.

  1. Patrick Dempsey

Bintang Grey’s Anantomy ini telah menyertai perlumbaan 24-jam Le Mans sebanyak tiga kali, itu belum termasuk pelbagai perlumbaan di AS yang telah disertai beliau.

Malah beliau turut berlumba dengan menggunakan Porsche 911 dalam perlumbaan World Endurance Championship dalam kategori LMGTE Am.

  1. Paul Walker

Tidak perlu diperkenalkan lagi, bintang The Fast and The Furious ini memang seorang kaki kereta. Bahkan kematian beliau pada usia 40-an juga sewaktu beliau berada dalam sebuah Porsche GT.

Selain berlumba di dalam filem, Walker turut berlumba di luar filem contohnya perlumbaan American Series Redline Time Attack. Sayang usia beliau tidak panjang kalau tidak tentu lagi banyak kisah menarik boleh diketahui tentang Walker.

  1. Steve McQueen

Ikon dunia automotif dan mendapat jolokan “The King of Cool”. Antara ungkapan beliau paling diingati ialah “Macam mana keadaan brek? Tak tahulah. Saya tak pernah sentuh pun brek”. Itulah antara ayat cool McQueen.

Filem popular beliau tahun 1971 berjudul Le Mans menaikkan lagi nama McQueen di mata dunia. Ia diikuti dengan adegan kejar-mengejar menggunakan Ford Mustang 390 GT dalam filem Bullit tahun 1969 diakui sebagai antara terbaik.

Penyertaan beliau dalam perlumbaan-perlumbaan ternama membuktikan yang pelakon ini memang pelumba sejati baik di luar mahupun di atas skrin.

Kredit Red Bull.com

 

 

 

Google ads
Back to top button