Buletin

2019 NISSAN LEAF E+ LEBIH BERKUASA DAN MAMPU PERGI LEBIH JAUH

Nissan Leaf, kereta elektrik paling laris di dunia diperbaharui lagi. Dikenali sebagia Leaf e + telah dipadankan dengan penjana baru yang memberikan lebih kuasa dan juga jarak perjalanan lebih jauh.

Model ini sepatutnya debut di LA Auto Show pada November lalu, tetapi penangkapan bekas CEO Nissan Carlos Ghosn menangguhkan penampilan sulungnya sehingga Pameran Elektronik Pengguna 2019 (CES) di Las Vegas.

Model Leaf sekarang mampu mencatatkan perjalanan kira-kira 322 kilometer (WLTC Jepun), versi baru e+ Nissan menawarkan jarak anggaran sehingga 458 kilometer (WLTC Jepun), peningkatan sekitar 40 peratus.

Di samping itu, bateri berkapasiti tinggi dan lebih berkuasa 160 kW pada Leaf e + berupaya untuk menghasilkan 45 peratus lebih kuasa dan tork 250 lb-ft untuk pecutan lebih pantas apabila memandu pada kelajuan tinggi, bermakna sekarang, ia mempunyai sekitar 213 hp.

Nissan berkata pecutan dari 80 km/j hingga 120 km/j hampir 13 peratus lebih cepat, yang sesuai untuk memotong, mendaki dan menukar lorong. Kelajuan tertinggi telah meningkat sekitar 10 peratus berbanding model standard, kini mempunyai kelajuan tertinggi 140 km/j.

Terima kasih kepada sistem Quick Charging, Pengecasan Pantas 70 kW baru, 2019 Nissan LEAF e + boleh mengecas lebih cekap berbanding sebelum ini. Walaupun kapasiti storan bateri 55 peratus lebih besar, Nissan berkata masa pengecasan yang sama apabila disambungkan kepada pengecas 100 kW. Pek bateri juga hampir sama saiz dan konfigurasi Nissan Leaf biasa.

Seperti model standard, Leaf e + mempunyai teknologi ProPilot Assist Nissan, secara automatik menyesuaikan jarak ke kenderaan di hadapan menggunakan kelajuan pratetap, menawarkan bantuan stereng dan mengekalkan kedudukan kenderaan dalam laluan.

Ia juga mempunyai e-Pedal Nissan, yang membolehkan pemandu memulakan, mempercepat, menurun dan berhenti menggunakan pedal pemecut sahaja. Perisian e-Pedal telah diprogram semla untuk Leaf e + untuk “operasi lebih lancar dan maklumbalas pedal yang dipertingkatkan,”

GALERI

Google ads
Back to top button