Buletin

BENGANG TAK LULUS UJIAN MEMANDU, CALON UGUT PEGAWAI JPJ DENGAN PISAU

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Seorang calon ujian memandu dilapor mengugut pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan sebilah pisau kerana dipercayai gagal dalam ujian tersebut. 

Menurut laman Facebook rasmi Malaysian Response Team, insiden yang mungkin pertama kali berlaku itu terjadi di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam satu penerangan ringkas, suspek dipercayai sedang melakukan ujian ulangan untuk jalan raya. Namun atas sebab tertentu, pegawai JPJ terbabit telah menggagalkannya.

Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, lelaki itu secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau daripada beg sandangnya dan mengacukan kepada pegawai JPJ ketika hendak menukar tempat duduk.

Sebagaimana yang boleh dilihat daripada gambar, suspek sudahpun berjaya ditahan oleh pasukan polis dan JPJ.

Abang Japar rasa memang bagus kalau tak bagi terus lesen kat dia ni. Kalau tidak tak tau apa yang akan dibuat kepada pengguna jalan raya lain nanti. Orang macam ni pun ada kan..

Tags
Google ads
Back to top button
Close