Buletin

MAZDA BAKAL BAWA MX-5 EDISI ULANG TAHUN KE-30 KE CHICAGO AUTO SHOW 2019

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Mazda Motor Corporation semalam mengumumkan bahawa ia akan mempamerkan Mazda MX-5 Edisi Ulang Tahun Ke-30 pada acara Chicago Auto Show yang berlangsung pada Februari depan.

Mazda MX-5 yang melakukan debut pertama pada Chicago Motor Show 1989 kini sudah berusia 30 tahun.

Justeru, edisi khas itu dihasilkan sebagai tanda menghargai sokongan para pelanggannya dari seluruh dunia yang membuatkan MX-5 cukup berjaya selama tiga dekad.

Sebagai sebuah roadster paling popular dalam sejarah dengan lebih sejuta unit terjual di peringkat global, MX-5 telah menjadi simbol penghasilan kereta dan usaha menawarkan keseronokan pemandu kepada pelanggan Mazda.

Model itu akan terus menambah koleksi edisi khas MX-5 yang telah dihasilkan selama ini.

Tags
Google ads
Back to top button
Close