" "
Buletin

3 CAWANGAN TOYOTA DI KK DAN KUCHING PINDAH OPERASI KEPADA PENGEDAR

Selari dengan pengumuman oleh UMW Toyota Motor (UMWT) pada Oktober 2017 bahawa ia akan memindahkan semua operasi runcit cawangannya kepada pengedar dan pihak-pihak berkaitan, syarikat hari ini mengumumkan pemindahan tiga operasi. 

Pemindahan itu melibatkan pengedar di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak bermula 1 September 2020. Pengedar-pengedar baharu, Borneo Mobility (Sabah) Sdn. Bhd. dan Borneo Mobility (Sarawak) Sdn. Bhd. akan mengambil alih cawangan di Kota Kinabalu dan Kuching. 

Di Lembah Klang, PCM Subang Motor Sdn. Bhd. pula akan mengambil alih operasi cawangan Subang Jaya.

“Adalah penting bagi kami untuk terus mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi. Langkah ini akan membolehkan kami untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang lebih penting seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar. 

“Sementara pihak pengedar pula boleh menumpukan usaha mereka untuk memenuhi kepuasan pelanggan dengan lebih baik,” kata Presiden UMWT, Ravindran K.

Pengumuman itu menjanjikan fasa yang lebih menarik bagi sokongan terhadap pelanggan seperti yang diamalkan UMWT selama ini. Ia juga dapat merancakkan lagi semangat keusahawanan yang lebih mantap dalam ekonomi tempatan. 

Maklumat lanjut sila layari laman web:  toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (1800-8-869682).

Google ads
Back to top button