Buletin

NISSAN X-TRAIL LEBIH SPORTY

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. 

Penampilannya sporty menerusi gril dan bampar hadapan, lampu utama baharu, rekaan lampu cerah, lampu belakang LED serta lampu brek.

ETCM turut meningkatkan keselesaan premium Nissan X-Trail baharu dengan tona dalaman gelap bagi menambah baik ambien kabin. Stereng, brek parkir dan tuil gearnya kini dibalut kulit. Di samping rekaan meter visi dengan gegelung krom, sistem audio baharu bersama skrin sentuh navigasi multimedia 6”, kamera undur dan fungsi pemanas/penyejuk untuk ruang penyimpanan barang hadapan.

Nissan-x-trail-layer-with lights

Ketika Nissan X-Trail terus memberikan praktikaliti inovatif bersama kehalusan mengagumkan dan penjimatan bahan api, Pengarah Eksekutif ETCM, ETCM, Datuk  David Chen berkata, “Dengan pengenalan semua perubahan terkini,  Nissan X-Trail akan terus berpegang kepada multi fungsinya, sekali gus menjanjikan pemiliknya dengan ketahanan di jalan biasa dan laluan off-road. Nissan X-Trail  telah dibandingkan dengan kenderaan segmen D kerana prestasi mengagumkan, keselesaan dan memberikan pengalaman yang mewah.”

Nissan X-Trail mengekalkan ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya. Papan bagasi yang boleh dibuka dan dibasuh, ruang penyimpanan barang dengan bilah boleh ubah dan kapasiti VDA sehingga 603 liter sememangnya diterima baik oleh para pemilik Nissan X-Trail.  Jentera ini ditawarkan pada harga di atas jalan RM149, 530 bersama pengenalan warna baharu, putih solid.

Sempena pengenalan Nissan X-Trail 2.0 baharu, ETCM turut mengadakan kempen promosi dikenali sebagai “Which Road X-Cites You?” dan “X-travaganza”. Kempen Which Road X-Cites You?” turut membawa tiga lagi model Nissan yang berkongsi sifat sama iaitu pengembaraan.

Nissan_0502

Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman (X-Perience) Nissan X-Trail, meneroka (X-Plore) Nissan Navara dan teruja X-CITE(D) dengan Nissan X-Gear!

Untuk tempoh terhad, promosi “X-travaganza” pula menawarkan rebat menarik sehingga RM10,000 (dalam bentuk nilai) dan pelbagai hadiah untuk model-model Nissan terpilih.

Maklumat lanjut mengenai Nissan X-Trail 2.0 baharu, kempen atau promosi “X-travaganza”, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan ETCM di talian Toll FREE: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button