Motosikal

JENTERA ENDURO BMW MOTORRAD

BMW Group Malaysia baru-baru ini menetapkan satu penanda aras baharu dalam segmen motosikal enduro berkuasa tinggi serta pengendalian terbaik menerusi pengenalan dua jentera iaitu BMW F 700 GS dan BMW F 800 GS. 

Dipasarkan oleh BMW Motorrad, BMW F 700 GS merupakan model gantian kepada BMW F 650 GS. Ia disasarkan untuk penunggang yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia tunggangan off-road. Jentera itu juga menawarkan praktikaliti untuk tunggangan harian. Sementara BMW F 800 GS pula ditawarkan untuk penunggang lebih berpengalaman.

P90097321

Menggabungkan kemampuan tunggangan touring dan off-road, kedua-dua motosikal itu menjanjikan penggunaan bahan api lebih menjimatkan. Motosikal itu juga disifatkan sebagai motosikal paling canggih di dunia dari aspek dinamik, kecekapan dan teknologi keselamatan aktif.   

“Sebagai pengeluar kenderaan premium, BMW sentiasa mencabar diri sendiri sama ada dari segi inovasi, kelestarian atau pertumbuhan. Kami yakin pengenalan dua buah motosikal oleh BMW Motorrad ini mampu mengukuhkan posisinya sebagai peneraju pasaran kenderaan premium di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.  

slider dlm (1)

Tahun lalu, BMW Motorrad mencatatkan pertumbuhan sebanyak 21 peratus apabila berjaya menjual 362 unit motosikal.

Secara estetiknya, BMW F 700 GS dan BMW F 800 GS tampil dengan bahagian sisi yang ditambah baik bagi memberikannya personaliti berbeza.

Kedua-dua model tersebut menggunakan enjin dua silinder empat injap bersesaran 798cc dengan sistem penyejukan cecair. Enjin dengan sistem pancitan terus bahan api itu dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan.

The New BMW F 800 GS (1)

Salah satu ciri unik pada enjin itu adalah penambahan rod penyambung yang memastikan dua silinder dapat berfungsi dengan gegaran minimum. Menerima talaan berbeza, enjin pada BMW F 700 GS mampu menjana tork sehingga 77Nm @ 5,300rpm. Sementara enjin BMW F 800 GS pula berkuasa 63kW (85hp) @ 7,500 rpm dengan tork puncak 83Nm @ 5,750rpm.

Demi mematuhi prinsip “Keselamatan 360o” BMW Motorrad, sistem brek ABS dijadikan sebagai ciri standard untuk kedua-dua model enduro ini. Sistem brek baharu ini lebih ringan dan kompak berbanding generasi sebelumnya, sekali gus meningkatkan kelincahan, dinamik dan kecekapannya.

P90097309

BMW F 700 GS dan BMW F 800 GS ditawarkan pada harga  RM79, 800 dan RM89,800 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans). Ia juga hadir dengan konsep warna baharu iaitu kelabu, merah dan perak metalik (BMW F 700 GS), selain warna matte, biru metalik dan putih untuk BMW F 800 GS.

[hr]

Galeri

P90097280P90097288P90097314P90097298The New BMW F 700 GS (1) 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button