Artikel Pilihan

4 KELEBIHAN CAT KERETA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BERASASKAN AIR.

Pelarut mudah meruap atau volatile organic compound adalah sebatian yang memiliki sifat mudah meruap dan susah untuk larut dengan air. Kebanyakan pelarut ini digunakan bahan kimia yang berada di sekeliling kita seperti cat, bahan perubatan farmasi dan juga bahan penyejuk

Ia juga digunakan sebagai pelarut dalam industri seperti trichloroethylene, methyl tert-butyl ether (MTBE) dan juga klorofom. Ia sering digunakan dalam cecair hidraulik, cat dan juga agen pencuci kering yang mengakibatkan pencemaran sumber air bawah tanah jika tidak digunakan dengan betul

Dalam industri automotif, VOC banyak digunakan dalam proses mengecat kereta, pelarut cat, gam, dan juga perekat industri. Malangnya ia akan mendedahkan operator dan juruteknik yang melakukan proses mengecat terdedah kepada risiko penyakit berbahaya termasuklah kanser

Bagi mengurangkan risiko kesihatan pada pekerja industri automotif, bahan pelarut ini digantikan dengan air secara beransur-ansur dalam industri automotif terutama pada penggunaan pelarut cat kenderaan. Environment Protection Agency (EPA) satu badan yang memantau alam sekitar menyatakan pelarut ini akan menyebabkan kerosakan mata, deria bau, sakit kepala, hilang koordinasi badan, kerosakan hati, buah pinggang dan juga kanser.

Pelarut organik ini mengandungi sehingga 84% VOC dan 16% pepejal, berbeza dengan pelarut organik baru yang berasaskan air dimana ia mengandungi 70% air, 20% pepejal dan 10% pelarut organik. Jadi kita boleh lihat pelarut baru yang berasaskan air ini berupaya mengurangkan sehingga 74% kandungan organik yang berbahaya.

Antara kebaikan cat baru yang menggunakan pelarut berasaskan air ini ialah:

1. Mengurangkan kesan buruk pada alam sekitar disebabkan ia kurang bertoksid berbanding dengan pelarut organik

2. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya kepada operator dan juruteknik yang terlibat dalam industri cat automotif dan juga bengkel baik pulih kenderaan (B&P)

3. Membantu proses mengecat kerana semakin kurang kuantiti lapisan clear digunakan

4. Dari segi kualiti kemasan cat, cat yang menggunakan pelarut berasaskan air menghasilkan kualiti warna yang hampir sama dengan warna sebenar yang diinginkan oleh pelanggan berbanding dengan cat berasaskan pelarut organik.

Perkembangan dalam bidang sains dan kimia membolehkan industri penghasilan automotif menjadi lebih bersih dan selamat kepada pengguna, pekerja dan juga alam sekitar. Bukan sahaja enjin kereta perlu berubah kepada lebih bersih, cara mengecat pun perlu diubah.

Google ads
Back to top button