
LYNK & CO 08 PHEV DIPERKENALKAN DI CHINA, 245HP, 1.54L/100KM, HARGA BELUM ADA
SUV fastback bersaiz sederhana Lynk & Co 08 diperkenalkan secara rasmi di China baru-baru ini.
Ciri utama Lynk & Co 08 ia dikuasai oleh sistem hibrid plug in Lynk E-Motive, sistem Flyme Auto daripada Meizu serta digayakan bahasa reka bentuk baharu.
Lynk & Co 08 berukuran 4,820/1,915/1,685mm, jarak roda 2,848mm. Sebagai perbandingan, 08 besar sedikit daripada BMW X4, Mercedes-Benz GLC atau Volvo XC60.
Diilhamkan daripada kereta konsep The Next Day, ia mempunyai lampu jalur menegak berkembar di atas bonet dengan gril bertutup seperti kenderaan elektrik.

Dari sisi, Lynk & Co 08 tampil kemasan bumbung hitam, pemegang pintu boleh ditarik balik (retractable), rim lima jejari dan spoiler untuk memberikan nuansa sporty.
Di dalam kabin, ia diserlahkan stereng berbentuk bujur manakala terowong tengah tampil lebih ringkas bersama pengecas telefon tanpa wayar serta ruang letak cawan.
Lynk & Co 08 mendapat skrin 15.4 inci, instrument LCD bersaiz 12.3 inci dan sorotan utama pastinya AR-HUD 9.2 inci di mana skrin ini berfungsi menerusi sistem Flyme Auto daripada Meizu dengan ketersambungan telefon pintar.

Perincian lain termasuklah sensor Face-ID pada tiang A, Harman/Kardon acoustic system, sementara bahagian tempat duduk dibalut jenis bahan Nordico.
Beralih kepada kuasa pula, Lynk & Co bagaimanapun tidak mendedahkan rangkaian kuasa namun ia akan dilengkapi ICE 1.5 liter serta sistem hibrid plug-in, berupaya menghasilkan 150Hp dan gabungan motor elektrik 136Hp. Secara keseluruhan, ia menjana 245hp dan tork 545Nm.
Dipadankan bersama bateri 17.2-kWj, jarak gerak dijangka mampu mencapai 70km WLTC, dengan kadar penggunaan bahan api 1.54L/100km (WLTC).
Harga lynk & Co 08 masih belum didedahkan tetapi segala perincian lain bakal diumumkan tidak lama lagi.
GALERI:






- BACA: GEELY AKAN LANCAR LYNK & CO. MAHU JADIKAN PROTON JENAMA NO 1 DI MALAYSIA
- BACA: LYNK & CO DEDAH KERETA ELEKTRIK ZERO CONCEPT. MAMPU PECUT 0-100 KM/J KURANG 4 SAAT
- BACA: GEELY TINGKAT KERJASAMA DENGAN DAIMLER. PERKENAL MODEL LYNK & CO DI EROPAH TAHUN INI
- BACA: LYNK & CO 03 TCR DIBUKA UNTUK TEMPAHAN, 350 HP 420 NM!