Artikel Pilihan

5 FAKTOR MENJADIKAN KERETA SERONOK DIPANDU

Setiap kali membuat ulasan, video dan pandu uji penulis akan dihujani dengan persoalan seperti, (1) berapa saat masa 0-100km/j? Ataupun (2) berapa laju kereta ini boleh pergi? (3) Tak ada turbo tak best kan? (4) Rim kereta ini kecil la, boleh kona laju-laju tak? (5) Boleh panjat Gunung Kinabalu tak?

Kadang kala soalan tersebut berbunyi nakal, kelakar dan kadangkala susah untuk diterangkan sebab bukan setiap hari kami menilai atau memandu uji kereta sukan. Kadang kala kami memandu uji crossover atau SUV 7 tempat duduk untuk kegunaan keluarga. Melainkan kami bekas pemandu rali, cubaan untuk melakukan drift pada SUV yang tinggi membuatkan kami berpeluh.

Namun sesekali kami berpeluang memandu uji kereta yang berada dalam segmen yang premium yang berharga lebih dari RM 100,000 dan ke atas. Pada masa inilah kami mendapat komen nakal, owh kereta ini tak ada turbo, bukan gear DSG, Myvi pun boleh potong. Dey, korang baru tengok kan Myvi mencilok di lebuhraya pun sontot kereta orang. Dah kena tangkap dan akan didakwa.

Kalau setakat nak bawa laju-laju di lebuh raya di laluan lurus, budak baru lepas SPM yang ada lesen P pun boleh buat kan. Kereta yang sedap dipandu ialah kereta yang membuatkan anda tersenyum lebar dari telinga kiri ke telinga kanan sewaktu memandu, membuatkan jiwa kanak-kanak Ribena dalam diri anda meloncat girang sewaktu memandu dan kereta tersebut bagaikan bercakap dengan anda.

Mat Saleh sebut “fun to drive car”. Ia tidak semestinya laju, tidak semestinya memiliki kuasa kuda bercampur gajah, nampak kecil, enjin pun kecil, jarang sekali dilengkapi dengan turbo namun pada masa yang sama kereta ini akan melatih anda untuk menjadi pemandu yang cekap. Anda tahu kelemahan dan kelebihan kereta tersebut dan gunakan kelebihan yang ada untuk memandu dengan agresif

1. Lincah dan Responsif

Kereta sebenarnya berat, dan mengikut Hukum Newton Pertama sesuatu objek akan sentiasa bergerak dalam keadaan lurus (inertia) melainkan terdapat daya lain yang akan mengubah pergerakan objek tersebut. Cuba sambut bola yang disepak oleh seorang kawan kepada anda, senang saja nak tangkap. Bayangkan jika kawan anda membaling bola besi seberat 10kg, rasanya agak susah untuk anda berhentikan bola besi tersebut

Sama seperti kereta, semakin ringan kereta tersebut semakin mudah untuk mengubah pergerakan kereta apabila pmandu memberi input stering. Jadi jurutera akan sentiasa memastikan agihan berat pada gandar depan dan belakang berada pada ratio 50:50. Semakin ringan dan bagus agihan berat cesi, semakin mudah dan seronok kereta tersebut dipandu melalui selekoh.

2. Input Stering

Semasa pembangunan rangka dan struktur kereta, jurutera mestilah mengimbangkan 3 faktor utama iaitu kestabilan pada halaju tinggi, kelincahan cesi dan keselesaan. Salah satu komponen dalam sistem cesi ialah sistem stering itu sendiri, semakin pantas reaksi cesi selepas menerima arahan daripada stering adalah semakin bagus.

Ia juga bergantung kepada sambungan mekanikal antara tayar, sistem gantungan dan sistem stering yang bekerja sama antara satu sama lain. Semakin ringan semua komponen ini, semakin mudah cesi melaksanakan arahan daripada stering.

3. Mudah dikawal dan senang diagak

Kereta yang bagus ialah kereta yang tidak mudah mengalami masalah understeer dan juga oversteer walaupun tanpa bantuan ESC. Kereta ini boleh beraksi di selekoh dengan neutral. Ia boleh dicapai sekiranya berat pada gandar depan dan belakang adalah sama, cengkaman pada tayar depan dan belakang ditala dengan baik serta kekerasan spring/penyerap hentak dibuat agar pengendalian kereta menjadi neutral.

4. Boleh digunakan setiap hari

Bayangkan anda ada sebuah kereta sport super yang berkuasa 1000kuasa kuda, namun untuk membebaskan kesemua kuda liar tersebut, anda perlukan satu trek perlumbaan yang mungkin anda sempat pergi setahun sekali. Dan sebuah lagi sebuah kereta kompak yang berkuasa 130 kuasa kuda yang boleh dipandu setiap hari untuk ke pejabat, ambil anak sekolah dan ke masjid.

Ya kereta yang seronok dipandu tak perlukan litar perlumbaan untuk dipandu. Anda hanya perlukan satu atau dua selekoh tajam untuk memandu kereta tersebut sehingga ke takat maksimanya, driftkan sedikit tayar belakang untuk memberikan rasa teruja, betulkan stering dan pecut keluar dari selekoh. Lagi best kalau boleh potong kereta yang lebih berkuasa di selekoh ini. Anda mungkin boleh berseronok memandu selepas seharian melihat muka bos di pejabat

5. Segalanya tentang berat

Ya kebanyakan kereta yang seronok dipandu tidak memiliki kuasa yang tinggi, namun berat yang rendah. Keadaan ini menjadikan nisbah kuasa enjin kepada berat semakin baik (power to weight ratio). Ia biasanya diukur dalam kuantiti berapa kuasa kuda bagi setiap 1000kg (tan). Sebagai contoh Myvi 1.5 H AT dengan berat sekitar 1010kg saja, menjadikan nisbah berat kepada kuasa ialah 101 kuasa kuda per tan.

Jika dibandingkan dengan lawannya (korang tekalah sendiri) yang memiliki nisbah kuasa kepada berat pada 91.2 kuasa kuda per tan. Ia sebenarnya berkait rapat dengan hukum Newton kedua iaitu F=Ma, jika diperhatikan semakin ringan kereta semakin bagus pecutannya. Malah ia boleh membrek, mengambil selekoh dan memecut semula dengan lebih pantas dan lincah

Semakin berat kereta, faktor keseronokan akan mulai tenggelam. Ia akan memberi kesan kepada penggunaan petrol, keberkesanan brek, kuasa pecutan, dan juga pengendalian. Contoh yang paling hampir ialah Lotus, walaupun hanya dibekalkan dengan enjin sekitar 1800cc atau 2000cc, dan sesetengah model datang dengan supercaj, kuasa di atas kertas nampak biasa.

Namun apabila dipandu, ia memberikan anda feel yang akan membuatkan bulu roma anda menegak ketika memandu laju di selekoh, sama seperti anda mula-mula kahwin dulu la. Bini lalu sebelah pun bahaya. Malah kadangkala pengeluar saja tidak membekalkan bahan kedap bunyi yang cukup di bahagian firewall (besi yang memisahkan enjin dan kabin) agar bunyi mekanikal enjin dan not ekzos sampai ke telinga pemandu.

Antara kereta yang memiliki faktor fun to drive yang pernah dipandu oleh penulis ialah Honda CR-Z manual, Mazda CX-3, crossover Mazda CX-30, Myvi 1.5 H AT, Honda City, Gen-2 CPS (125Hp) Manual, Ford Focus Turbodisel, dan VW Passat. Mungkin anda ada pilihan yang sendiri, dan senarai kereta fun to drive anda dalam komen.

Google ads
Back to top button