Motosikal

HONDA EX5 2020. GRAFIK BAHARU, BREK DRAM, BERMULA RM4,783 SEUNIT

Honda EX5 kini sedia untuk memenangi hati dan jiwa rakyat Malaysia sekali lagi.

Terkenal sebagai sebuah kapcai yang tahan lasak, Honda EX5 baharu tampil dengan rekaan neo-klasik. Selain gabungan grafik yang lebih menonjol.

Kapcai pilihan ramai itu dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 110cc dengan sistem penyejukan udara. Ia mampu menjana kuasa maksimum 6.37 kW pada 7,500rpm dan tork 8.62Nm pada 5,500rpm.

Enjin itu menawarkan lebih penjimatan bahan api menerusi sistem suntikan bahan api terancang (PGM-Fi) yang mengeluarkan emisi yang rendah. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.

Honda EX5 2020 didatangkan dalam dua varian iaitu roda tuang (cast wheel) dan roda jejari (spoke wheel). Kedua-dua varian ditawarkan dengan warna biru dan hitam.

Varian dan harga adalah seperti berikut:

Kapcai bajet ini menggunakan brek jenis gelendung pada kedua-dua rodanya. Dari segi suspensi pula, Honda EX5 menggunakan penyerap hentak jenis telekopik di hadapan dan berkembar di belakang.

Honda EX5 baharu hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Ini bagi memastikan pelanggan dapat menikmati penyenggaraan berkualiti tinggi dan ketenangan minda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda EX5, and boleh mengunjungi pengedar Honda terdekat atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my

GALERI

Google ads
Back to top button