Buletin

ADA KATIL DALAM NISSAN SERENA DAN NV200 JDM (BUKAN TIDUR MASA MEMANDU)

Pasaran kereta penumpang di Jepun sememangnya unik. Selain kereta mini (kei-car), pasaran di sana dihidangkan dengan model welcab khusus untuk penumpang kurang upaya.

Selain kerusi penumpang yang boleh diturunkan keluar dari kenderaan, pintu belakang pula mempunyai akses untuk kerusi roda yang siap dengan ramp.

Ini pula dua model unik yang baru diperkenalkan iaitu Nissan Serena Multi-Bed dan Nissan NV200 Vanette Multi-Bed Wagon. 

Apa yang istimewa ialah katil pada pada bahagian belakang van. Katil itu bukan untuk digunakan semasa kenderaan bergerak tetapi Nissan menawarkannya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahu bermalam di dalam kereta.

Serena Multi-Bed dan NV200 Vanette Multi-Bed Wagon ditawarkan kepada mereka yang gemarkan aktiviti luar dan mengembara di Jepun. Ia mempunyai dua baris dan lima tempat duduk dan sistem katil yang boleh ditarik keluar.

Menurut Nissan lagi, van itu boleh digunakan untuk tidur dengan selesa tanpa penginapan dan semasa kecemasan seperti bencana dan sebagainya.

Berikut ialah ciri kedua-dua van Nissan Multi-Bed:

Nissan Serena Multi-Bed

  • Ditawarkan dalam varian XV, Highway Star V, e-POWER XV dan e-POWER Highway Star V
  • Pilihan empat dan lima tempat duduk
  • Pelapik dan papan katil diperbuat daripada bahan kalis air supaya senang untuk membersihkan kotoran dan mudah diselenggara
  • Bahagian sisi mempunyai rak untuk menggantung pakaian dan barangan lain
  • Opsyen untuk memuatkan peralatan memancing dan papan luncur
  • Digerakkan enjin MR20DD-SM24 (2WD), HR12DE-EM57 e-POWER (2WD) dan MR20DD-SM24 (4WD) dan transmisi Extronic CVT

Nissan NV200 Vanette Multi-bed wagon:

  • Opsyen meja di sebelah katil untuk menjamu selera
  • Canggih dengan Intelligent emergency brake (collision damage mitigation brake), High beam assist, LDW (lane departure warning), Sign detection function dan pelbagai sistem lain
  • Dua warna tambahan pastel dua tona
  • Lima tempat duduk
  • Digerakkan enjin HR16DE dengan transmisi E-ATx

Nissan NV200 Vanette Multi Bed Wagon mula dijual di Jepun pada 31 Januari dan Serena Multi Bed pada 10 Februari. Untuk harga, V200 Bannet Multi Bed Wagon dijual dari JPY2,624,600 (RM98,708) manakala Serena Multi Bed pula dari JPY3,231,800 (RM121,544).

BACA: NISSAN FRONTIER (NAVARA) ENJIN BESAR 3.8L V8 DI AS!

BACA: MITSUBISHI JADI RUJUKAN RENAULT DAN NISSAN DI ASIA TENGGARA!

BACA: NISSAN ELGRAND HIGHWAY STAR JET BLACK URBAN CHROME – ELGRAND MASIH ADA DI JEPUN

Kredit foto: Nissan

Google ads
Back to top button