Artikel Pilihan

5 JENIS BATERI YANG DIGUNAKAN PADA KERETA ELEKTRIK DAN HIBRID

Pembangunan kereta elektrik telah bermula semenjak 120 tahun yang lepas, bermula seiring dengan pembangunan kereta dengan enjin pembakaran dalam. Namun dengan perkembangan teknologi terkini, kereta elektrik menjadi semakin baik, disebabkan pembangunan bateri dengan teknologi yang semakin bagus. Antara bateri yang akan dibangunkan, sedang digunakan dan tidak lagi digunakan termasuklah:

1. Bateri Asid Plumbum – merupakan bateri paling lama digunakan satu ketika dulu dan tidak lagi digunakan. Ia merupakan bateri 12volt biasa yang digunakan pada enjin pembakaran, digunakan untuk forklift dan juga buggy car di padang golf

Satu ketika dulu, bateri ini digunakan oleh General Motor EV1 iait kereta elektrik pertama GM dengan bateri dengan kapasiti 16.5kWH bagi jarak perjalanan sehingga 88km. Bateri ini adalah berat, tidak boleh menampung kuasa yang tinggi, bermasalah ketika musim sejuk dan perlu ditukar dengan kerap.

2. Bateri Nickel Metal Hydride – bateri (NiMH) merupakan bateri yang biasa digunakan untuk kereta hibrid dan Nissan Leaf generasi pertama. Berbanding dengan bateri asid plumbum, bateri NiMH lebih berkuasa, lebih tahan lama, dan lebih ringan. Malah ia juga lebih bagus dari bateri asid plumbum dalam segala hal termasuklah ketahanan yang bagus dalam cuaca panas

Namun bateri NiMH tidak bagus dalam cuaca sejuk, lebih mahal untuk dihasilkan, elektron akan discaj keluar walaupun tidak digunakan dan perlu dicaj dalam tempoh masa tertentu apabila tidak digunakan bagi mengelakkan kerosakan kekal.

3. Bateri Ion Lithium – merupakan bateri biasa yang digunakan oleh kereta elektrik sekarang bermula dengan penggunaan pada peranti telefon pintar dan komputer riba. Bateri lithium yang awal sangat sensitif dengan haba dan boleh terbakar jika bekasnya bocor

Dengan perkembangan teknologi, bateri ion lithium menjadi semkain stabil, boleh menampung tenaga dengan banyak dan semakin mudah untuk dicaj semula. Bateri ini perlu dipanaskan pada suhu tertentu sebelum dicaj semula bagi memanjangkan jangka hayat bateri. Antara varian bateri ini termasuklah:

3.1 NMC – mengandungi nikel manganese cobalt oksida, NMC merupakan bateri yang biasa digunakan sebagai bateri untuk kereta elektrik. Walaupun stabil, ia kurang digemari kerana jangka hayat adalah sekitar 10 tahun atau lebih dan ia mudah menghasilkan haba sewaktu digunakan

Unsur seperti Nickel dan Kobalt pula tidak begit digemari kerana terdapat unsur penindasan manusia sewaktu unsur ini dilombong menjadikan pengeluar kenderaan mengelakkan menggunakan unsur ini dalam penghasilan bateri

3.2 LFP -Lithium Ferrous Phosphate dihasilkan dengan menggantikan nickel dan kobal dengan iron dan fosforus dalam katod. Iron/Ferrous dan Fosforus ini lebih mudah ditemui, dilombong dengan cara yang lebih efektif.

Namun bateri LFP ini lebih berat berbanding dengan bateri NMC, tidak boleh menampung tenaga yang banyak, tidak boleh dipandu dengan jauh dan lebih berat. Kelemahan bateri LFP ialah ia gagal beroperasi dengan baik ketika suhu sejuk dan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan

Tapi kelebihan utama bateri LFP ialah ia lebih murah untuk dihasilkan, tidak mudah terbakar, jangkahayat yang lebih panjang. Bateri LFP juga lebih cepat untuk dicaj, boleh dicaj 100% setiap masa tanpa perlu memendekkan jangka hayat bateri

4. Kapasitor Ultra – secara teknikal kapasitor bukanlah bateri, tapi boleh bertindak menyimpan dan melepaskan tenaga elektrik di dalam elektrod cecair dan elektrolit. Ia banyak digunakan dalam kereta elektrik Super dan prestasi tinggi sebagai penyimpan tenaga elektrik tambahan.

Keupayaan kapasitor mengecas dan melepaskan caj dalam masa singkat sangat membant dalam pecutan segera dan boleh dicaj semula dalam keadaan brek yang ekstrim. Sebagai contoh kapasitor super digunakan pada supercar hybrid Lamborghini Sian

5. Bateri Solid State – dianggap sebagai sebagai bateri pada masa akan datang dengan menggunakan elektrod pepejal dan elektrolit pepejal berbanding dengan cecair ataupun gel. Penggunaan bahan pepejal boleh memanjangkan jangka hayat bateri dan kitaran pengecasan dan pelepasan caj boleh ditambah.

Selain daripada itu bateri pepejal juga boleh menampung lebih banyak tenaga, memanjangkan jarak perjalanan, mengurangkan berat, serta mengurangkan risiko kebakaran. Buat masa sekarang bateri solid state masih dalam kajian dan hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang kecil, menjadikan kos penghasilannya lebih mahal

Google ads
Back to top button