Buletin

TOGG T10X TERIMA RESPON POSITIF – 100,000 PESANAN DALAM TEMPOH 7 HARI

Pengeluar kereta tempatan pertama Turkiye, Togg, baru-baru ini mendedahkan model perdana T10X, yang kini memperoleh reaksi positif dari orang ramai.

Setakat ini, T10X telah menerima 100,000 pesanan dalam tempoh tujuh hari.

Sebagai syarikat pemula, angkat tersebut begitu mengagumkan terutamanya mereka berjaya mendapat kepercayaan daripada bakal pengguna.

Menerusi ciapan syarikat itu di Twitter, pra-tempah sedang dalam proses sebelum dihantar ke 12,000 pelanggan terawal.

Jelasnya lagi, nilai tempahan untuk T10X adalah AS$3,125 (RM13,815) dan dibayar melalui Trumore e-Wallet di mana pengguna boleh membuat pembayaran menerusi pindahan wang atau cara lebih mudah, menggunakan kad kredit.

Untuk membuat tempahan, pengguna hanya perlu melayari http://Tru.ID atau terus mengakses laman sesawang Togg.

Google ads
Back to top button