Buletin

HANKOOK TIRE LANCAR VENTUS PRIME 3. SAIZ 15-19 INCI, BERMULA RM180 SEUNIT

Hankook Tire baru-baru ini melancarkan tayar terbaharunya, Ventus Prime 3 (K125) ke pasaran Malaysia.

Disifatkan sebagai tayar berprestasi ultra tinggi, Ventus Prime 3 menawarkan keseimbangan terbaik di antara aspek prestasi, keselamatan dan keselesaan. 

Pelancaran itu diadakan pada acara khas untuk para pengedar Hankook Tire Malaysia dan melibatkan satu sesi pandu uji. 

Bagi menjangkau pengguna yang lebih luas, tayar itu hadir dalam saiz 15 hingga 19 inci dengan harga bermula RM180 seunit. 

Ventus Prime 3 ialah tayar yang cukup sesuai untuk pengguna di Malaysia. Saluran empat bunga padanya menjanjikan prestasi terbaik di atas permukaan jalan basah. 

Rekaan baharu itu juga dioptimumkan untuk alur bunga yang spesifik. Sementara blok bunga yang telah diperkuatkan memberi prestasi pengendalian dan membrek lebih meyakinkan di atas jalan kering.

Malah, teknologi posisi bunganya mampu mengurangkan bunyi bising biarpun tayar semakin haus. 

Kompaun silika memberi cengkaman dan halangan golekan yang lebih baik. Dengan semua ciri hebat ini, Ventus Prime 3 berjaya memproleh banyak anugerah.

Antaranya ialah tempat pertama dalam ujian tayar musim panas yang dijalankan oleh majalah automotif terkenal Jerman, Auto Bild pada tahun 2018. 

“Ventus Prime 3 merupakan satu siri tayar yang dihasil untuk memberikan prestasi, keselesaan, keselamatan dan mesra alam. Dengan adanya Ventus Prime 3 di Malaysia sekarang, ia membuktikan bahawa ia menjadi pasaran penting buat Hankook Tire. 

“Kami yakin pengenalan Ventus Prime 3 akan menyumbang kepada peningkatan jualan Hankook Ture di pasaran Asia,” kata Naib Presiden Asia Pasifik Hankook Tire Malaysia, Park Jeong Ho. 

GALERI

Google ads
Back to top button