,
Artikel Pilihan

RON95 NAIK 1 SEN SETIAP MINGGU MULAI 2020. SEHINGGA CAPAI HARGA PASARAN

Seperti yang pernah diumumkan sebelum in, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat-peringkat selepas Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan mulai Januari depan. 

PSP yang dikatakan bertujuan tidak membebankan pengguna itu akan menyaksikan harga RON95 dinaikkan satu sen pada setiap minggu sehingga harganya mencapai harga pasaran. 

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dalam sesi soal jawab lisan di sidang Dewan Rakyat hari ini. 

“Keputusan mengapungkan harga minyak dibuat bagi meringankan kos hidup rakyat, selain bertujuan mengelak harga barang naik secara mendadak,” kata Chieng Jen ketika menjawab soalan tambahan daripada Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan). 

Rubiah bertanya apakah mekanisme yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam memastikan harga barang tidak naik mendadak selepas PSP dilaksanakan.

Untuk makluman, PSP tidak dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan. Malah pengguna di sana akan terus menikmati harga subsidi RON95 iaitu RM2.08 seliter. 

Chieng Jen juga menegaskan bahawa kementerian mempunyai Akta Kawalan Harga untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan berikutan pelaksanaan PSP. 

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberitahu PSP yang hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia itu akan meringankan beban sekitar 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan. 

sumber: Harian Metro

Tags
Google ads
Back to top button