Buletin

BAU DALAMAN KABIN KENDERAAN BAKAL DIHARAMKAN? BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN PENGGUNA

Pada kebiasaannya, apabila memasuki kenderaan baharu, kita pasti akan bau aroma plastik, kulit dan karpet di dalam kabin.

Bagaimanapun, tanpa disedari bauan bahan-bahan di bahagian dalaman kabin boleh memudaratkan kesihatan kita.

Terdapat lapan bahan yang dilepaskan dari bahagian dalaman ini dikenali sebagai sebatian organik mudah mengewap (volatile organic compounds-VOC).

Ia mengandungi toluena, asetaldehid, toluena, benzena, etilbenzena, formaldehid, styrena, akrolein, dan xilena.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Emission Analytics, Nick Molden, VOC tidak hanya mengewap dan kemudian hilang begitu sahaja.

“Ia akan mengewap di kabin ketika cuaca panas dan pada waktu malam apabila cuaca sejuk kembali di permukaan semula.

“Proses ini akan berlaku keesokkan harinya, ia bagaikan anda mencampurkan pelbagai VOC dalam semangkuk sup dan bertahan agak lama,” katanya.

Antara kesan sampingan VOC ini termasuk sesak nafas, mual, sakit kepala, cepat keletihan, pening dan banyak lagi.

Cara terbaik untuk menghilangkan VOC adalah membuka tingkap dan membiarkan cahaya matahari masuk ke ruang kabin. Bagaimanapun, penggubal undang-undang ingin sesuatu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Dalam pada itu, Asia melaporkan simptom paling banyak sehingga kerajaan Korea Selatan menggubal piawaian standard bagi VOC pada tahun 2007.

Jepun dan Rusia mengambil langkah sama dalam menangani isu ini malah Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah mengemas kini garis panduan berhubung VOC.

Buat masa ini, ia masih lagi belum dikuatkuasakan sebagai undang-undang. Begitupun, pihak kerajaan digesa untuk menguatkuasakan garis panduan standard bagi semua kenderaan baharu.

Walaubagaimanapun, langkah tersebut memerlukan pengeluar menyaring produk dihantar oleh pembekal bagi memastikan ia memenuhi peraturan tetapi kemungkinan besar ia memberi kesan kepada peningkatan harga jualan.

Dengan peraturan semakin ketat bagi kenderaan-kenderaan baharu, ia mungkin dapat menurunkan harga kenderaan dan kesihatan pengguna lebih terjamin – carbuzz

Google ads
Back to top button