Buletin

INI ADALAH KESALAHAN EJAAN YANG SERING BERLAKU UNTUK JENAMA KERETA. WOLKSAGEN, HUNDAI ATAU TELSA?

Pernahkah anda terfikir jenama kereta yang sering disalah eja? Kajian yang dikendalikan oleh laman sesawang perkhidmatan kewangan, Confused.com menyenaraikan jenis spesifik kereta yang sering disalah eja. Kajian itu dijalankan dalam tempoh sebulan dan ia menunjukkan keputusan seperti yang anda jangkakan.

Menurut senarai, tiga teratas jenama kereta yang sering disalah eja ialah Hyundai (2,249,400) kesalahan ejaan setiap bulan, Volkswagen (1,156,700) dan Porsche, persamaan dengan 1,011,000. Menambah senarai sehingga ke 10 teratas, Toyota mencatatkan 824,600 dan Peugeot dengan jumlah 710,100, Tesla bersamaan dengan 539,600.

Manakala Mercedes-Benz mencatatkan 489,500 dengan ejaan yang salah, Bentley pula mencatatkan 341,900, Suzuki dengan 341,900 dan Bugatti pula 205,300 kesalahan.

Kebanyakan kesalahan ejaan berlaku disebabkan sebutan sesuatu jenama kereta tersebut misalnya “Porshe” (Porsche), “Mersedes” (Mercedes), dan “Leksus” (Lexus) selain “Dford” (Ford), “Volvi” (Volvo) dan “Totota” (Toyota) menunjukkan kebanyakkan kes kesalahan ejaan berlaku pada huruf yang terdapat di papan kekunci. Terdapat juga kesalahan ejaan berlaku disebabkan pertukaran huruf misalnya “Chevorlet” (Chevrolet), “Telsa”(Tesla) dan “BWM” (BMW).

Selain itu, kesalahan ejaan juga terjadi kerana menambah atau tertinggal suatu huruf seperti “Hond” (Honda), “Auddi” (Audi) dan “Jeeep” (Jeep). Walaubagaimanapun, kesalahan menambah atau mengurangkan huruf sememangnya sering berlaku, ada beberapa kesalahan ejaan seperti Wolksvagen (Volkswagen) dan “Landriver” (Land Rover) membuatkan kita garu kepala.

Sejujurnya, begitu mengejutkan apabila Alfa Romeo tidak berada dalam senarai, walaupun sudah wujud beberapa kali kesalahan ejaan “Alfa Romero” terjadi.

Google ads
Back to top button