Artikel Pilihan

BAHAYA TERSEMBUNYI DALAM PEWANGI KENDERAAN

Pewangi kenderaan adalah aksesori yang biasa dibeli oleh pemilik kenderaan dengan satu tujuan murni iaitu untuk memastikan kenderaan berbau harum. Ya selepas beberapa bulan menggunakan kereta baru, anda akan perasan yang bau baru keluar dari kedai akan hilang.

Silap haribulan ia akan digantikan dengan bau kepam, hapak dan juga bau masam setiap kali anda memandu. Cara yang paling mudah bagi anda ialah dengan meletakkan pewangi di tempat yang popular iaitu samaada menggantungkan pewangi tersebut di cermin pandang belakang, di corong penyaman udara atau diletakkan di atas papan pemuka

Pewangi yang digantung pada bahagian cermin pandang belakang sebenarnya berbahaya kepada keselamayan. Pakar keselamatan mendakwa pergerakan objek yang digantung akan mengurangkan konsentrasi mata ketika memandu

Disebabkan terlalu biasa melihat objek atau pewangi bergerak ketika memandu, mata akan mentafsirkan objek lain di luar kereta sebagai tidak bahaya. Keadaan ini akan menyebabkan masa tindakbalas (reaction time) pemandu untuk membrek bertambah lambat dan menjadi risiko tinggi kemalangan.

Kerajaan Amerika telah mengazetkan satu undang-undang yang menghalang objek seperti pewangi, cermin mata gelap, atau apa-apa hiasan untuk digantung pada cermin pandang belakang. Anda boleh dirisko untuk disaman jika didapati bersalah

Kedua, kadang-kala pewangi kenderaan dibotolkan di dalam bekas kaca yang keras. Pernah terjadi pada kereta milik ahli keluarga penulis dimana botol kaca ini terhantuk pada cermin depan ketika brek kecemasan. Apa yang berlaku ialah hentaman tadi merosakann permukaan cermin depan kereta.

Jadi satu hal pula nak ganti cermin depan yang baru. Bau-bauan yang dihasilkan oleh pewangi kenderaan adalah PALSU, sintetik dan bukannya asli. Ia merupakan campuran bahan kimia samaada dengan menggunakan campuran alkohol, asid karboksilik ataupun derivatif sebatian petroleum

Antara contoh derivatif tersebut ialah aldehid, toulene dan juga benzena yang boleh menyebabkan risiko pada kesihatan seperti kanser, keguguran, alahan, sakit kepala dan juga boleh merosakkan kemasan plastik dalam kereta anda jika tertumpah

Pernahkah anda secara tidak sengaja menumpahkan kandungan bahan pewangi dalam kereta pada kemasan dalam kereta anda? Mungkin anda rasakan ia tidak bahaya dan biarkan saja bahan pewangi tersebut pada kemasan plastik kereta anda.

Tapi selepas beberapa hari anda akan dapati kemasan plastik kereta anda telahpun rosak. Anda boleh gantikan komponen tersebut dengan komponen baru tapi percayalah harganya tidak murah. Tapi anda masih boleh menghasilkan suasana segar dalam kabin kenderaan anda tanpa menggunakan pewangi

Antara insentif yang anda boleh buat ialah:

1. Memasang pelapik kaki dan pelapik dalam ruang kargo yang boleh dibasuh, disiram dan dicuci selepas digunakan. Jika anda menggunakan coil mat atau karpet, ia boleh basah dan menghasilkan bau kepam

2. Letakkan ketulan arang dalam ruang kargo atau memasang penapis penyaman udara yang dilapisi arang untuk menyerap bau busuk.

3. Penulis juga sukakan kaedah natural dalam pewangi seperti melekatkkan daun pandan atau meletakkan bunga-bunga segar dalam kereta seperti bunga kemboja

4. Pastikan anda rajin mencuci ruang dalaman kereta dengan membuang segala sampah, sisa makanan, sisa makan yang tertumpah dan kadangkala muntah anak di dalam kereta.

Jika anda rasa anda lagi suka menggunakan pewangi kenderaan, maka ia adalah pilihan peribadi anda dan kami telah memberi segala maklumat yang perlu berkenaan bahaya pewangi kenderaan ini.

Google ads
Back to top button