Buletin

PENCEMARAN UDARA KABIN KENDERAAN BOLEH CECAH 15 KALI GANDA!!!

Sedar atau tidak, kita sentiasa menghabiskan masa yang agak lama berada di dalam kenderaan sama ada ketika ulang-alik bekerja, beriadah ataupun membeli barangan keperluan seharian.

Lebih membimbangkan, kemungkinan besar pencemaran udara di dalam kabin kenderaan boleh mencecah sehingga 15 kali ganda berbanding udara di luar kenderaan.

Menurut kajian dilakukan Bosch, purata rakyat Malaysia menghabiskan masa di dalam kenderaan mereka adalah melebihi 2 jam sehari dan kira-kira 15 jam dalam tempoh seminggu.

Bahkan, terdapat tiga pencemaran di dalam kabin mencetus kebimbangan dalam kalangan pemandu iaitu habuk, bakteria dan kotoran.

Justeru, perhatian serius perlu diambil untuk memastikan kualiti udara di dalam kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Bagaimana hendak melakukan perkara ini?

Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah memastikan penapis udara kabin berfungsi dengan baik.

Ia sama juga situasi semasa masyarakat berdepan pandemik Covid-19 apabila perlu memakai pelitup muka. Kereta anda juga perlu memakai ‘pelitup muka’!

Apa yang dimaksudkan dengan pelitup muka kenderaan adalah penggunaan penapis udara kabin berkualiti tinggi.

Menyedari kepentingan kualiti udara di dalam kabin kenderaan, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) memperkenalkan penapis udara kabin berkualiti tinggi, Bosch Aeristo Premium.

Produk ini yang dibangunkan menggunakan lapisan polifenol semulajadi diperbuat daripada tumbuhan berupaya menghalang virus dengan menguraikan protein virus.

Selain itu, ia dilengkapi agen anti-bakteria yang mampu menghalang pengembangan bakteria sekali gus mengurangkan virus dan bakteria di udara.

Bosch Aeristo Premium memiliki kecekapan tapisan penapis PM2.5 malah mampu menyaring 98 peratus zarah udara halus pada 2.5 mikron.

Sebagai perbandingan, sehelai rambut manusia memiliki diameter 50 hingga 70 mikron bermakna penapis kabin ini mampu menapis bahan pencemar udara lebih halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Penapis ini turut didatangkan dengan lapisan karbon aktif diperbuat daripada tempurung kelapa yang berupaya mengurangkan bau kurang menyenangkan di dalam kabin kenderaan.

Teknologi digunakan turut mempunyai lapisan anti-alahan dan sifat anti-fungus untuk menapis allergen di udara serta mencegah pertumbuhan kulat dan kulapuk di penapis kabin.

Pengurus Pemasaran Bosch AA, Dillion Goh menjelaskan penjagaan kualiti udara dapat memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan para pemandu dan penumpang kenderaan.

“Kebanyakkan para pengguna kenderaan tidak menyedari kewujudan penapis kabin udara kerana ia merupakan komponen kenderaan yang tidak dapat dilihat oleh mereka.

“Begitupun, penapis kabin udara merupakan komponen yang mampu dibeli dan ditukar dengan mudah oleh para pengguna.  Ia dapat membantu mengehadkan pencemaran di dalam kabin kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Rajveer Singh Saren berkata pencemaran udara merupakan pembunuh senyap dan mengakibatkan lebih 3 juta kematian di rantau Asia Tenggara.

“Sepanjang 17 tahun dalam bidang perubatan, saya melihat peningkatan masalah kesihatan seperti asma, alahan, kanser paru-paru, serangan jantung, resdung dan bronkitis kronik,” katanya.

Bosch AA menyarankan agar penapis udara kabin ditukar setiap tahun ataupun apabila mencecah 15,000 km.

Antara tanda-tanda penapis kabin tersumbat dan perlu ditukar apabila terdapat bau kurang menyenangkan, tingkap berkabus dan penghawa dingin kurang sejuk.

Untuk keterangan lanjut mengenai penapis Bosch Aeristo Premium boleh melayari laman Facebook Bosch Autoparts https://www.facebook.com/BoschAA.MY/ dan ia boleh didapati di https://shopee.com.my/boschautoparts.os

Google ads
Back to top button