Artikel Pilihan

6 CIRI KESELAMATAN TERKINI YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN KETIKA MEMILIH KERETA BARU

Selain perkembangan pesat dalam aspek treknkuasa kenderaan yang menyaksikan penerimaan dan pengenalan teknologi EV kepada masyarakat, aspek keselamatan juga menyaksikan beberapa teknologi baru diperkenalkan bagi memastikan keselamatan penumpang dan juga pemandu berada di tahap yang tertinggi

Salah satu faktor yang menyebabkan kereta menjadi selamat ialah dengan peraturan baru yang semakin ketat dan semakin banyak ciri keselamatan pencegahan keselamatan yang perlu dipasang pada kereta baru bagi memastikan kereta ini mendapat 5 bintang ujian keselamatan

Sebagai contoh pada tahun 2014 dulu Asean NCAP mewajibkan kereta baru memasang ciri ESC untuk mendapat skor 5 bintang, diikuti dengan 6 beg udara. Peraturan terkini menyaksikan pengeluar kenderaan perlu memasang ciri ADAS bagi memenuhi syarat skor 5 bintang ujian perlanggaran.

Ini ialah 6 ciri keselamatan yang kami jangka akan menjadi ikutan kepada pengeluar lain di seluruh dunia dalam peraturan ujian keselamatan terbaru nanti.

1. Center airbag ataupun beg udara yang dipasang di antara penumpang depan bagi mengelakkan kecederaan kepala dan badan antara penumpang di barisan depan dalm situasi kemalangan sisi dan juga rollover. Beg udara ini akan dikeluarkan dari sisi kusyen pemandu bagi meminimakan kecederaan tengkuk dan juga tulang belakang

Antara kereta yang menjadi pelopor dalam pemasangan beg udara di bahagian tengah ialah Toyota Yaris (XP210), Kia Sorento, Mazda BT 50 dan juga Isuzu D-Max.

2. Sistem pemanduan adaptif dengan fungsi lane trace control dan stop& go – kebanyakan fungsi adaptive cruise control dikawal sepenuhnya dengan menggunakan sistem radar bagi mengawal kelajuan berdasarkan aliran trafik dan juga kedudukan kenderaan yang berada di depan

Apabila digabungkan dengan fungsi lane trace assist yang mengggunakan kamera untuk mengesan garisan jalan, sistem ini akan berfungsi mengawal kelajuan serta memastikan kenderaan sentiasa berada di tengah jalan walaupun ketika mengambil selekoh

Bagi perjalanan jarak jauh ia akan mengurangkan beban pemanduan dan stress pada pemandu

3. Safe Exit Warning – atau sistem amaran ketika pintu dibuka, dengan memberikan amaran pada pemandu dan penumpang sekiranya ada kereta lain menghampiri dari belakang. Sekiranya perlu sistem akan mengunci pintu bagi menghalang pemandu keluar dan dilanggar dari kenderaan yang datang dari arah belakang.

Antara contoh pengeluar yang menyediakan fungsi ini ialah Kia, Hyundai dan juga Audi

4. Sistem Amaran Titik Buta – secara asas sistem ini akan menyediakan amaran isyarat (visual) dan juga bunyi jika ia mengesan kehadiran kenderaan lain yang berada di zon titik buta. Hyundai Elantra generasi baru, ia akan menyediakan brek kecemasan jika pemandu mengabaikan isyarat tersebut bagi mengelakkan kemalangan

Sesetengah model Kia dan juga Hyundai menyediakan suapan video secara terus pada papan pemuka sebaik sahaja pemandu menggunakan lampu isyarat membelok bagi membantu anda mengesan motosikal, basikal atau kenderaan lain di zon titik buta. Honda memanggil sistem ini sebagai Honda Lane Watch.

5. AEB untuk persimpangan jalan – AEB atau automated emergency brake akan membrek apabila ia mengesan risiko untuk berlakunya kemalangan adalah tinggi. Namun sistem ini biasanya berfungsi di jalan lurus, bukan di persimpangan jalan

Sistem terbari dikenali dengan nama Junction AEB atau intersection AEB akan mengesan kehadiran kereta lain khusus di kawasan persimpangan, menyediakan sistem amaran dan melakukan brek kecemasan jika kemalangan akan berlaku

6. Sistem Kamera Video 360 Darjah – setakat ini badan penguji kemalangan antarabangsa tidak menetapkan pengeluar memasang sistem kamera 360 darjah sebagai syarat untuk mendapat skor 5 bintang. Namun dengan beberapa insiden yang berlaku melibatkan kanak-kanak, adalah lebih baik kita jadikan sistem ini sebagai sistem wajib keselamatan

Toyota, Nissan, Proton dan beberapa jenama lagi menyediakan sistem ini sebagai ciri standard bagi kenderaan keluaran mereka. Kebiasaannya 4 kamera akan digunakan sekaligus bagi menyediakan fungsi bird eye view dengan sensor mengesan pergerakan.

6 ciri ini adalah ciri ciri yang perlu anda cari apabila anda bercadang untuk menaiktaraf kenderaan satu hari nanti. Duit boleh dicari, kereta boleh dibeli baru tapi kita hanya ada 1 nyawa sahaja ye. Pandulah dengan cermat dan berhati-hati

Google ads
Back to top button