Motosikal

JUAL YAMAHA NMAX BAPA. BELI TIKET PENERBANGAN NAK JUMPA KEKASIH GAME ONLINE

Seorang anak sanggup menjual skuter Yamaha NMAX milik bapanya semata-mata ingin membeli tiket penerbangan berjumpa kekasih permainan online.

Tribun News melaporkan, remaja perempuan itu nekad mahu menaiki kapal terbang dari Jambi ke Jakarta Barat untuk berjumpa dengan teman lelaki dikenali melalui permainan online Free Fire selama tiga tahun.

Video insiden berkenaan menjadi viral di media sosial apabila seorang wanita dikenali sebagai Monica cuba menenangkan remaja kebingungan tersebut apabila kekasih hatinya enggan berjumpa.

Ia sekali gus menyebabkan dia hilang arah di Lapangan Terbang Bandara Sultan Thaha Jambi.

Menurut Monica, dia ingin berjumpa kekasihnya buat kali pertama selepas berkenalan selama tiga tahun dan ingin memberikan wang sebanyak 20 juta rupiah (RM5,780) kepada lelaki tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Eksekutif Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto, pihaknya segera membatalkan urusan penerbangan remaja perempuan tersebut sejurus mengetahui perkara tersebut. –TribunNews

Google ads
Back to top button