Buletin

6,000 UNIT SAGA, 15,000 PERSONA DITEMPAH, SYABAS PROTON!

 

Produk paling penting dalam keluarga Proton, Saga kini berada di landasan yang betul. Dalam sidang media sewaktu program pandu uji bersama media semalam Proton memberi angka terbaru tempahan sebanyak 6,000 unit.

6,000 unit dalam masa 3 minggu sejak dilancarkan merupakan angka yang mampu membuatkan perusahaan automotif negara ini menarik nafas lega. Tidak dinafikan, kereta Proton Saga adalah tentang rakyat Malaysia.

saga (25)

Kereta rakyat asas yang diinginkan hampir semua keluarga ini menepati sasaran awal. Sejak 3 minggu lepas juga, Proton sibuk menyiapkan tempahan dan sebanyak 1,000 unit telah berjaya diserahkan kepada pembeli

Bukan itu sahaja, Proton berkongsi berita gembira bilamana mengumumkan tempahan sebanyak 15,000 unit Persona setakat semalam. Ketika kegusaran tentang pertindihan model yang bakal berlaku apabila Saga diperkenalkan, ternyata itu tidak berlaku.

persona

Persona dan Saga berjaya diasingkan kepada profil pembeli yang berbeza. Pelan transformasi Proton kini berada di landasan yang betul dan jika semuanya seperti yang dirancang, Proton masih berbaki satu lagi model yang akan dilancarkan bulan hadapan. Proton Ertiga.

Syabas Proton!

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button