Buletin

PASANGAN INI BERTUNANG SEWAKTU MEMANDU JENTERA F1 FERRARI DI PERANCIS – ROMANTIKA DI LITAR

Setiap orang mestinya ada kenangan yang tidak dapat dilupakan tak kiralah yang manis ataupun yang pahit. Lupakan yang pahit dan kita fokus pada yang manis. Antara kenangan terindah Abang Japar ialah bila mendapat kunci Tiara hybrid dari wakil penjual. Pak Amid pula semasa kad raya ada muzik paling top 40 tahun dulu.

Lain pula ceritanya dengan satu pasangan kekasih dari Perancis ini. Mereka bukan sahaja terpilih untuk memandu uji jentera F1 Renault tetapi telah melangsungkan pertunangan semasa pandu uji dijalankan. Bukan susah sangat diorang bertunang, tak payah bawak rombongan Cik Kiah sampai lima buah bas pun. Cukup dengan sebentuk cincin je (zhulian pun ok).

Kisahnya seorang jejaka bernama Matthew Creed seorang penyelia workshop dari Kent-England telah memandu uji sebuah Renault Clio RS di ruang pameran Renault pada bulan Ogos lepas sekaligus menyertai peraduan yang hadiah utamanya merupakan peluang memandu uji jentera F1 Renault. Hmm kalau kalau kat sini jangan harap la boleh beli Renault Clio dengan gaji supervisor.

Dipendekkan cerita, mamat ni memenangi dua keping tiket untuk ke litar Paul Ricard di selatan Perancis untuk peluang memandu uji jentera F1 tersebut. Creed membawa bersama teman wanitanya Hayley Melen dan  terus melamar sewaktu pandu uji tersebut.

BACA: FERRARI UGUT TINGGALKAN F1 – TIDAK PUAS HATI DENGAN PERATURAN BARU

Selanjutnya ia bukan hanya menjadi hari pertunangan untuk mereka tetapi mereka juga berpeluang memandu di litar yang akan menjadi tuan rumah GP Perancis tahun hadapan. Jentera yang mereka pandu merupakan kereta Formula Renault 2.0 dengan 800 hp kuasa.

Creed menyatakan yang ia hari yang paling indah dalam hidup mereka memandangkan kedua-duanya cukup meminati sukan bermotor dan Hayley sentiasa menemani Creed  sewaktu track day hujung minggu dengan menggunakan Renault Clio 200 beliau. Lebih istimewa bila lamaran beliau diterima pada hari yang sungguh istimewa.

Minat pada F1 dan sukan bermotor telah menyatukan mereka. Bagaimana dengan korang semua? Baca cerita pasal orang nak kahwin ni membuatkan Abang Japar terasa muda balik. Teringat kenangan berguling ala Hindustan di Taman Tasik Perdana (sebelum kena halau dengan penguatkuasa).

 

Google ads
Back to top button