
ABARTH 695 75°ANNIVERSARIO – EDISI TERHAD BERSEMPENA ULANG TAHUN KE 75
Abarth akan mencecah 75 tahun tidak lama lagi, menandakan satu lagi peristiwa penting dan satu lagi rekod untuk jenama Scorpion yang berasal dari Itali ini. Firma ini telah diasaskan pada tahun 1949 oleh Karl Albert Abarth, lelaki yang dilahirkan di Austria sebelum menukar kewarganegaraan Itali kemudiannya.
Bagi memperingati peristiwa ini, Abarth telah pun melancarkan model istimewa Abarth 695 75° Anniversario yang tersedia dalam unit yang cukup terhad, hanya 1,368 sebagai memberi penghormatan kepada enjin 1.4 T-Jet yang merujuk kepada kapasiti sebenar enjinnya, 1,368 cc.

Enjin ini turut dilengkapi dengan pengecas turbo Garrett GT 1446, memberikan kuasa 180 HP dan tork 250 Nm pada 3,000 rpm. Kelajuan maksimum yang mampu dicecah pada meter adalah 225 km/j, dan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh hanya 6.7 saat. Bagi sebuah kereta supermini sebegini, kuasa pecutan sebegini sudah lebih daripada cukup.
Pada bahagian luaran model Abarth 695 75° Anniversario ini, ianya telah dilayangkan dengan warna hitam bagi kelihatan sedikit garang. Juga terdapat pelekat berlogo piston yang tertera perkataan Abarth dan 75 menandakan DNA mereka dalam sukan permotoran dan prestasi semenjak dari tahun 1949 lagi.

Rim aloi bersaiz 17 inci yang berwarna Emas pula memberikan perbezaan warna yang cukup ketara dan tampak lebih menyerlah. Disebalik rim tersebut, tersedia juga sistem brek berprestasi tinggi daripada Brembo Sistem suspensI menggunakan penyerap hentak dari Koni FSD untuk lebih kestabilan pemanduan.
Manakala pada bahagian belakang menampilkan ekzos Record Monza yang ikonik dengan injap aktif untuk memberikan bunyi yang lebih garang.

Pada ruangan kabin, ianya menampilkan rekaan yang sporty dengan penggunaan Specific Sabelt Carbon Seats yang menampilkan lebih bergaya dan berfungsi untuk memeluk tubuh pemandu ketika pecutan dilakukan. Tempat duduk ini turut dilatari dengan trim emas dan premium logo ulang tahun ke 75 mereka.
Sistem infohiburan bersaiz bersaiz 7 inci memadai apabila ianya turut dilengkapi dengan sambungan Apple Car Play dan juga Android Auto. Dan kawalan suara Siri melengkapkan lagi fungsinya sekiranya mahukan apa juga aplikasi di dalamnya dengan lebih pantas.
Untuk memberikan suasana seumpama menghadiri konsert sebenar, model supermini ini menggunakan sistem audio daripada Audio Beats. Berdentam dentum wei.
BACA : FIAT 595 ABARTH – COMEL TAPI LIAR
BACA : ABARTH PAMER 124 GT DAN 695 RIVALE DI GENEVA MOTOR SHOW


