Artikel Pilihan

ABARTH PAMER 124 GT DAN 695 RIVALE DI GENEVA MOTOR SHOW

Menjadikan sebuah kereta kompak yang biasa kepada sebuah kereta yang luar biasa, itu kelebihan Abarth. Pembuat khusus kereta lumba dan laju dari Itali ini sememangnya berupaya untuk menyumpah sebuah Fiat 500 yang kelihatan comel dan jinak mampu berubah karektor kepada laju dan liar.

BACA : FIAT 500 STAR WARS

BACA : FIAT CHRYSLER UNTUK DIJUAL? FIRMA CHINA BERMINAT? FERRARI BAGAIMANA?

Syarikat yang kini bernaung di bawah Kumpulan Fiat yang kini dikenali sebagai FCA Italy S.p.A (FiatChrysler Automobiles) mempamerkan dua kereta terbaharu mereka sempena Geneva Motor Show yang sedang berlangsung sekarang antara 8 Mac sehingga 18 Mac 2018.

Sebagai membuktikan keupayaan tersebut, Abarth telah memilih model 124 GT, sebuah model roadster yang bukan biasa-biasa. Ianya juga adalah model convertible hardtop yang boleh dibuka. Walau pun ianya bukan automatis, namun ianya tidak sesukar mana kerana ianya hanya seberat 16kg yang diperbuat daripada karbon fiber untuk operasikan secara manual.

Bagi penampakan lebih garang lagi, sudah tentulah penggunaan rim aloi OZ bersaiz 17 inci berwarna gelap kelihatna cukup bergaya. Rim yang mempunyai berat 3kg lebih ringan berbanding rim asal 124 berupaya membantu mengurangkan berat kereta secara keseluruhan.

Nadi asal asal 1.4 litre MultiAir dengan turbo masih sama seperti model 124 yang asal. Kuasa yang dihasilkan 170hp dengan 250 Nm rasanya lebih daripada memadai untuk sebuah kereta sport yang ringan dan kecil ini.

Untuk yang tidak tahu, model 124 ini sebetulnya dibina berdasarkan platform Mazda MX-5. Jadi tidak hairanlah kalau dilihat 124 ini sama serupa MX-5.

Manakala sebuah lagi model yang menjadi pertaruhan pada pameran di Geneva ini adalah Abarth 695 Rivale. Ianya dibina dengan kerjasama dengan Riva, sebuah firma pembuat kapal terkemuka dari Itali.

Maka tona dua warna, Biru dan Kelabu telah dipilih bagi menampakkan ianya adalah model yang elegan dan eksklusif. Bahagian luarnya diserikan lagi dengan pemasangan rim aloi Supersport bersaiz 17 inci, manakala disebalik rim tersebut bersemadi pula brek Brembo untuk berkhidmat tanpa sesiapa pun perasan dek kerana caliper yang berwarna hitam itu.

Sistem ekzos juga bukan calang-calang apabila menggunakan sistem Akrapovic ‘ori’. Sistem gantungannya menggunakan jenama Koni bagi mengawal kereta yang buas ini daripada terbabas sewaktu melayan selekoh.

Dan melengkapi ciri sebenar sebuah kereta sport sejati, sudah tentulah enjin juga harus cemerlang. Enjin 1.4 turbo ini sama seperti 124 GT tetapi mempunyai kuasa 180hp dan kelajuan maksimumnya mampu mencecah sehingga 225km/j. Barangkali inilah yang digelar kecil-kecil cili padi.

 

 

Google ads
Back to top button